awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAS kenalkan kadar baru untuk lebihan bagasi

Astro Awani
Astro Awani
16/02/2013
00:45 MYT
MAS kenalkan kadar baru untuk lebihan bagasi
Malaysia Airline (MAS) menyifatkan pendekatan menambah had kebenaran tambahan bagasi 10 kilogram percuma bagi setiap kelas penerbangannya adalah satu usaha untuk lebih kompetetif berbanding syarikat penerbangan lain.
Menurut ketua perkhidmatan lapangan terbang bahagian perkhidmatan pelanggannya, Jaafar Derus, perkhidmatan yang diperkenalkan mulai 15 Februari itu adalah sebahagian daripada strategi syarikat menghadapi persaingan sengit dalam industry.
Menurut Jaafar dalam satu sidang media, tambahan 10 kilogram bagasi percuma itu dijangka memberi kelebihan kepada MAS berbanding pesaing, khususnya syarikat tambang murah yang mengenakan bayaran untuk setiap bagasi didaftar masuk.
Di bawah garis panduan bagasi baru itu, kelas ekonomi dibenarkan membawa 30 kilogram, kelas bisnes 40 kilogram dan kelas pertama 50 kilogram berat bagasi percuma.
Selain itu MAS turut memperkenalkan kadar baru caj untuk lebihan bagasi.
Ia dikira mengikut blok dengan setiap blok mengandungi 5 kilogram dan kadar bayaran pula akan dikira mengikut zon penerbangan.
Bagi zon satu melibatkan destinasi dalam Malaysia dan negara ASEAN, caj yang akan dikenakan ialah Rm30 bagi lebihan satu blok 5 kilogram.
Kadar Rm60 dikenakan kepada sektor luar Malaysia dan ASEAN, iaitu India, China, Sri Lanka, Maldives, Hong Kong, China, Taiwan, Bangladesh, Nepal, Jepun, Korea, New Zealand dan Australia.
Kadar antara benua iaitu Rm90 pula dikenakan kepada semua penerbangan di antara Malaysia dan Jeddah, London, Amsterdam, Paris, Frankfurt dan Istanbul.
Topic Berkaitan
#kadar baru
#lebihan bagasi
#Malaysia Airlines
#MAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan