KUALA LUMPUR: Jumlah jualan kenderaan menurun 3.63% kepada 56,213 unit pada April 2022 berbanding 58,329 unit bagi tempoh sama tahun lalu, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Penurunan itu yang terdiri daripada kenderaan penumpang dan komersial disebabkan industri berdepan dengan faktor termasuk kekurangan cip semikonduktor yang digunakan dalam pembuatan automotif.
Jelasnya, kekurangan cip dan komponen (semikonduktor) serta penghantaran yang lewat turut menjejaskan beberapa syarikat.
"Kebanyakan jualan telah dipenuhi oleh syarikat yang mempunyai tahun kewangan mereka berakhir pada 31 Mac 2022," katanya dalam kenyataan semalam.
Bagi perbandingan bulan ke bulan, jumlah jualan kenderaan pada April susut 23.23% daripada 73,222 unit pada Mac 2022.
Jualan kenderaan penumpang menurun 6% tahun ke tahun kepada 49,815 unit pada April daripada 52,992 unit bagi tempoh sama tahun lalu.
Sebaliknya, jualan kenderaan komersial meningkat 19.88% kepada 6,398 unit daripada 5,337 unit.
MAA berkata, jualan kenderaan setakat ini berjumlah 215,965 unit, meningkat 7.96% daripada 200,043 unit yang direkodkan tempoh sama 2021.
Bagi Mei, katanya, jumlah jualan dijangka berada pada paras yang sama seperti dilihat pada April.
"Ini memandangkan kekurangan cip dan komponen, kelewatan penghantaran dan juga Mei sebagai bulan bekerja yang singkat disebabkan cuti perayaan," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Sat May 21 2022
Kekurangan cip dan komponen (semikonduktor) serta penghantaran yang lewat turut menjejaskan beberapa syarikat. - DagangNews
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Jualan kenderaan melonjak 31 peratus kepada 65,499 unit pada Januari 2024
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 31 peratus kepada 65,499 unit pada Januari tahun ini berbanding 50,168 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Jualan kereta susut 4% kepada 71,908 unit pada November 2023
MAA meramalkan jualan pada Disember 2023 sepadan dengan jualan dari November 2023.
BMI semak naik jualan kenderaan di Malaysia untuk 2023
BMI telah menyemak naik unjuran jumlah jualan kenderaan di Malaysia bagi tahun 2023, ia meningkat sebanyak 3.8 peratus.
Jualan kenderaan pada Februari 2023 naik 39 peratus kepada 62,649 unit - MAA
Jualan kenderaan di Malaysia melonjak 39 peratus kepada 62,649 unit pada Februari tahun ini berbanding 45,062 unit pada bulan yang sama tahun lalu.
TIV sektor automotif dijangka meningkat 2 peratus kepada 690,000 pada 2023 - Kenanga Research
Kenanga Research berkata, jualan kenderaan pada 2023 dijangka tidak terjejas oleh impak daripada kenaikan kadar faedah.
Prospek sektor automotif lebih cerah jika pengecualian cukai dilanjutkan lagi
Pengecualian cukai itu akan berakhir 30 Jun 2022 setelah beberapa kali dilanjutkan sejak diperkenalkan pada 2020.
Masalah kekurangan cip, jualan kenderaan merosot pada April
Industri berdepan dengan faktor termasuk kekurangan cip semikonduktor yang digunakan dalam pembuatan automotif.
MAA unjur TIV berkembang 17.9% kepada 600,000 unit tahun ini
MAA unjur TIV berkembang 17.9% kepada 600,000 unit tahun ini | Dagang News
Jualan kenderaan September meningkat kepada 44,275 - MAA
Jumlah keseluruhan industri (TIV) adalah 153% lebih tinggi pada September berbanding Ogos.
Hanya 7,086 kenderaan dijual pada Julai, kata MAA
Jumlah itu jauh berbeza dengan 58,878 unit yang dicatatkan bulan sama tahun lalu.