awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kampung Angkat MADANI: Empat projek fizikal bernilai RM663,000 di Kampung Sembulan siap
Risiko iklim kian meruncing, Majlis Pengurusan Bencana Negara perlu ditubuhkan - Lee Lam Thye
Venezuela mula bebaskan tahanan politik menurut Trump, gesa pelaburan minyak AS$100 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAVCOM batal permit perkhidmatan udara Eaglexpress

Bernama
Bernama
20/12/2016
13:13 MYT
MAVCOM batal permit perkhidmatan udara Eaglexpress
Pada 30 Ogos, 2016, MAVCOM memberi permit ASP bagi tempoh 12 bulan (bermula 1 Sept sehingga 31 Ogos, 2017) kepada Eaglexpress yang perlu mematuhi syarat-syarat tertentu. - Foto Eaglexpress
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM)bertindak membatalkan Permit Perkhidmatan Udara (ASP) Eaglexpress Air Charter Sdn Bhd, berkuat kuasa 21 Dis, 2016.
Sehubungan itu, syarikat penerbangan berkenaan dilarang membawa penumpang, mel atau kargo bagi tujuan sewaan atau upah bagi mana-mana perjalanan domestik atau antarabangsa yang tidak berjadual, kata MAVCOM dalam satu kenyataan hari ini.
"Jika syarikat penerbangan itu terus menjalankan perkhidmatan selepas permitnya dibatalkan berkuat kuasa 21 Dis, 2016, ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 (Akta 771)," kata kenyataan itu.
MAVCOM adalah badan bebas yang mengawal selia yang bermatlamat menjadikan industri penerbangan awam di Malaysia berdaya maju dari segi komersial, berorientasikan pengguna dan berdaya tahan serta menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
Pada 30 Ogos, 2016, MAVCOM memberi permit ASP bagi tempoh 12 bulan (bermula 1 Sept sehingga 31 Ogos, 2017) kepada Eaglexpress yang perlu mematuhi syarat-syarat tertentu, namun ia gagal berbuat demikian.
Berikutan itu, pada 1 Disember lepas, MAVCOM mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Eaglexpress untuk memberi peluang kepadanya mengemukakan representasi secara bertulis pada 14 Disember lepas yang terbukti tidak memuaskan.
"Syarikat penerbangan itu gagal memberikan bukti cukup untuk meyakinkan (MAVCOM) bahawa ia akan menyelesaikan semua isu berbangkit dan dapat mematuhi syarat ditetapkan," katanya.
Malah, tegas Pengerusi Eksekutif MAVCOM, Tan Sri Abdullah Ahmad, kejadian ini seharusnya menjadi peringatan kepada bakal serta pengusaha syarikat penerbangan komersial sedia ada bahawa industri ini amat mencabar.
"Ia memerlukan perancangan rapi, pengetahuan mendalam mengenai hal kewangan, pengetahuan berkenaan perkara-perkara operasi serta kemampuan pelaksanaan untuk menjayakannya.
"MAVCOM akan terus berusaha untuk memastikan hanya syarikat yang bersedia dan memiliki asas-asas ini dibenarkan untuk beroperasi," katanya.
MAVCOM yang mula beroperasi pada 1 Mac 2016, antara lainnya bertanggungjawab terhadap hal-hal yang berkaitan pelesenan syarikat penerbangan, caj lapangan terbang, peruntukan laluan udara, penyelesaian pertikaian di antara penyedia perkhidmatan penerbangan dan perlindungan pengguna. -- Bernama
Topic Berkaitan
#ASP
#Eaglexpress Air Charter
#mavcom
#permit perkhidmatan udara
#Suruhanjaya Penerbangan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan