awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MBSB Bank lancar PrimeGold-I, platform pelaburan emas digital mampu milik dan selamat

Dagang News
Dagang News
03/12/2024
00:15 MYT
MBSB Bank lancar PrimeGold-I, platform pelaburan emas digital mampu milik dan selamat
Usman Ghouse (tengah kanan) bergambar selepas selesai melancarkan PrimeGold-i pada Khamis lalu. - Foto MBSB Bank
KOTA BHARU: MBSB Bank Bhd melancarkan PrimeGold-I, platform pelaburan emas digital yang menjadikan pemilikan emas mudah diakses, mampu milik dan selamat kepada pelanggannya.
PrimeGold-i direka untuk rakyat Malaysia dan bukan warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang memegang Akaun Semasa atau Simpanan dengan MBSB Bank.
Platform itu membenarkan individu melabur dalam emas dengan jumlah minimum RM10.
Patuh Syariah sepenuhnya, PrimeGold-i memastikan pelaburan sejajar dengan prinsip kewangan Islam sambil disokong oleh emas fizikal.
Ketua Perbankan Pengguna Kumpulan MBSB Bank, Usman Ghouse berkata, PrimeGold-i membolehkan pelanggan mengakses pelaburan emas pada kos kemasukan rendah merentasi pelbagai segmen pelanggan.
"Keupayaan untuk melabur secara digital dalam produk emas yang disokong secara fizikal memupuk gelagat simpanan dalam emas pada harga pasaran langsung, membolehkan pelanggan kami memanfaatkan trend pasaran semasa dalam perjalanan," katanya semasa merasmikan pelatform itu di Kota Bharu, pada Khamis lalu.
PrimeGold-i membuka pintu kepada segmen pelanggan pelbagai untuk melabur dalam salah satu aset yang paling dipercayai di dunia.
PrimeGold-i membuka pintu kepada segmen pelanggan pelbagai untuk melabur dalam salah satu aset yang paling dipercayai di dunia.
Majlis pelancaran di Kota Bharu turut meraikan komuniti dengan pameran ciri-ciri PrimeGold-I dan cabutan bertuah yang menarik, dengan para hadirin berpeluang memenangi emas digital bernilai RM700.
PrimeGold-I ialah langkah terbaharu MBSB Bank untuk mendemokrasikan pemilikan emas, menawarkan semua orang peluang untuk melabur dalam salah satu aset yang paling dipercayai di dunia.
Topic Berkaitan
#MBSB Bank
#emas
#PRIMEGOLD-i
#simpanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan