awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCKIP wujud peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan

Astro Awani
Astro Awani
06/02/2013
00:11 MYT
MCKIP wujud peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan
Taman Industri Malaysia-China Kuantan (MCKIP) menerima komitmen pelaburan baharu bernilai RM10.5 bilion.
Pada masa yang sama, kemasukan pelaburan besar berkenaan mewujudkan 8,500 peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata jumlah itu merupakan tambahan pelaburan sedia ada yang bernilai RM38 bilion yang ditarik dari Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) sejak tahun 2007.
Tegas Najib, MCKIP merupakan taman perindustrian pertama negara yang diberikan status nasional.
“Ini merupakan taman industri yang pertama diberikan status nasional yang bermakna, ianya akan dijana oleh sektor swasta namun dibimbing oleh kerajaan. Malah, sejal awal lagi saya menunjukkan rasa minat saya untuk projek ini dimana saya ada menasihatkan pegawai-pegawai Malaysia supaya pembangunan taman industri ini perlu selari dengan pembangunan yang dicipta oleh Qinzhou,” kata Najib.
Beliau berkata semasa Majlis Pelancaran MCKIP di Gebeng, Kuantan.
Pada majlis sama, turut berlangsung, Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Lima Perkara sebelum bermulanya pelaburan MCKIP.
Ianya turut menyediakan kira-kira 30,000 peluang pekerjaan kepada penduduk di dalam kawasan berkenaan.
Sementara itu, Pengerusi Persidangan Konsultatif Politik Republik Rakyat China, Jia Qinlin berkata, kerjasama Malaysia merupakan yang terbaik berbanding negara Asean lain.
MCKIP akan dibangunkan secara bersama berdasarkan prinsip "dipandu oleh sektor kerajaan, dipacu oleh sektor swasta".
Bagi pelabur Cina berserta rakan kongsi tempatan, mereka tetap yakin dengan kesesuaian tapak MCKIP yang terletak berhampiran dengan kilang Lynas.
Sebagai pelabur tempatan yang terbabit dan berkepentingan dalam pelaburan ini, kumpulan Rimbunan Hijau yang menguasai beberapa akhbar bahasa Cina dalam negara menunjukkan keyakinan bahawa operasi Lynas selamat dan tidak akan menjejaskan usahasama ini.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Najib Razak
#ECER
#MCKIP
#Taman Industri Malaysia-China Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan