awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
Thailand saksi legasi keluarga Ghazali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

McLaren mahu tingkat jualan di Asia sehingga 30 peratus

Bernama
Bernama
09/06/2014
09:05 MYT
McLaren mahu tingkat jualan di Asia sehingga 30 peratus
MEWAH: McLaren 650S, kereta super paling pantas McLaren Automotive dengan peralatan paling lengkap, berharga RM2.4 juta sebuah. - AFP Photo/Mohd Rasfan
McLaren Automotive Asia Pte Ltd menjangkakan jualan globalnya dari rantau Asia mencecah 30 peratus tahun ini.
Ketua Jualan dan Operasi Asia-Pasifik, George Biggs, berkata tahun lalu daripada sejumlah 1,400 kereta dihasilkan, 20 peratus dijual di Asia.
"Sokongan Asia ke atas McLaren menandakan minat mendalam pelanggan ke atas kelauran kami," katanya pada taklimat media selepas memperkenal McLaren 650S di sini hari ini.
McLaren 650S, kereta super paling pantas McLaren Automotive dengan peralatan paling lengkap, dibangunkan untuk mereka yang mahu menikmati kehidupan penuh debaran dan cabaran. Ia berharga RM2.4 juta sebuah.
Biggs berkata berikutan kejayaan McLaren 12C dan McLaren P1 di sini, syarikat itu berminat menawarkan kereta super yang membawa pemiliknya ke puncak kemewahan.
"Sejak melancarkan McLaren di Malaysia tahun lalu, kami tertarik dengan keinginan ditunjukkan pelanggan ke atas jenama dan kereta keluaran kami," katanya.
McLaren Automotive ialah pengeluar kereta sport mewah, berprestasi tinggi British di McLaren Technology Centre di Woking, Surrey.
McLaren Kuala Lumpur, dimiliki dan dikendalikan oleh Sime Darby Auto Britannia, ialah pengedar tunggal kereta sport itu di Malaysia.
Topic Berkaitan
#McLaren 12C
#McLaren 650S
#McLaren Automotive Asia Pte Ltd
#McLaren P1
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan