KUALA LUMPUR:Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam memperkasakan perniagaan mereka melalui platform e-dagang.
Menterinya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata platform tersebut dapat memberi impak positif terhadap pertumbuhan ekonomi usahawan PKS dan mikro.
"Antaranya ialah memperluas akses usahawan kepada RM150 juta dalam dana sumber pembiayaan alternatif dan membantu usahawan PKS serta mikro tempatan yang terkesan ekoran daripada wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk bangkit semula memulihkan perniagaan mereka.
"Membantu usahawan PKS dan mikro tempatan yang ditawarkan Geran SME Corp seperti Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) untuk memulakan projek sebagai 'bridging fund'," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Menurut statistik Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Jabatan Perangkaan Malaysia sektor e-dagang negara telah menyumbang sebanyak RM127 billion daripada keseluruhan jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2019.
Sektor itu juga telah menunjukkan trend peningkatan dari segi prestasinya, berbanding 2015 yang mencatat RM89 billion, katanya.
Sehubungan itu, Wan Junaidi berkata MEDAC telah mengadakan perjumpaan bersama syarikat dan operator pasaran dalam talian untuk mewujudkan kerjasama membantu usahawan meningkatkan keupayaan perniagaan dalam kalangan peniaga, penjaja kecil, mikro dan pekerja bukan formal tempatan secara dalam talian.
"Seramai 13 orang wakil syarikat-syarikat utama e-dagang yang beroperasi di Malaysia telah hadir di dalam sesi perbincangan itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 24 2020

WAN JUNAIDI: MEDAC telah mengadakan perjumpaan bersama syarikat dan operator pasaran dalam talian untuk mewujudkan kerjasama membantu usahawan. - Gambar fail

COVID-19: Angka korban global melepasi 2.12 juta
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 418,000 kes.

COVID-19: Kes positif dunia menghampiri 100 juta
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 25.09 juta kes.

Sektor perniagaan di Sibu perlu pohon permit perjalanan berkaitan tugas
Sektor perniagaan di Sibu perlu memohon permit polis untuk perjalanan berkaitan tugas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sathianathan harap kerajaan benar Liga-M 2021 berlangsung
Perjalanan liga yang terganggu turut menjejaskan semua pihak terbabit sekali gus berkemungkinan besar 'membunuh' keseluruhan industri bola sepak tempatan.

PKRC MAEPS masih mampu tampung pesakit bergejala rendah
Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) masih mampu menampung pesakit COVID-19 bergejala rendah di Selangor.

COVID-19: Bank Islam beri bantuan kewangan RM37.9 bilion
Hampir 24,000 permohonan dengan jumlah pembiayaan melebihi RM3 bilion telah diluluskan di bawah program tersebut.

Air tangan daging salai masak lemak Khalid Jamlus
Bekas penyerang Harimau Malaya, Khalid Jamlus, kini mengambil inisiatif mengusahakan gerai makan yang menyajikan masakan daging salai masak lemak.

Orang hilang | Mayat nelayan ditemui anak sendiri di laut
Mayat seorang nelayan ditemui di dalam perahunya di perairan Laut Batu Payung, Tawau oleh dua anak lelakinya. Amirkhan Binjamin berkata bapanya Binjamin Osman, 65 tahun, keluar dari rumah di Kampung Tanjung Batu Laut sejak 5 petang Sabtu untuk memukat, namun gagal pulang sehingga tengah malam tadi.

Jenayah | Sarang judi sabung ayam terbongkar
Pertaruhan sehingga RM2000 Jadi tidak hairan kegiatan judi laga ayam di kawasan belukar di Segambut Dalam, Kuala Lumpur menjadi tumpuan kaki judi.

Politik | Tok Mat nafi dipilih sebagai calon PM
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan dakwaan beliau telah dipilih sebagai calon Perdana Menteri untuk Muafakat Nasional (MN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti. Beliau yang mesra dikenali sebagai Tok Mat itu berkata, berita yang tular itu adalah palsu.

Moratorium, pembiayaan bertindih untuk usahawan TEKUN terkesan banjir
Usahawan TEKUN yang terjejas dengan banjir dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan dalam akaun pembiayaan mereka dan boleh membuat penjadualan semula pembiayaan.

MEDAC bantu usahawan PKS menerusi platform e-dagang - Wan Junaidi
Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata platform tersebut dapat memberi impak positif terhadap pertumbuhan ekonomi usahawan PKS dan mikro.

Kerajaan sedia bantuan kepada pekerja sektor penerbangan yang terjejas akibat COVID-19 - Saravanan
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan menjelaskan disamping peruntukan tersebut, kerajaan juga akan menyediakan perancangan terbaik untuk membela nasib pekreja-pekerja sektor penerbangan

Kenyataan saya untuk elak perebutan kerusi - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata sebagai rakan kongsi dalam satu pergerakan politik, semua parti dalam kerajaan sepatutnya sokong antara satu sama lain.

Lebih banyak Koperasi Kariah Masjid baharu, koperasi dipulihkan - Wan Junaidi
Penubuhan Koperasi Kariah Masjid baharu dan pemulihan koperasi tidak aktif akan dilaksanakan dalam program pemantapan koperasi dan pembangunan usahawan bagi meningkatkan aktiviti ekonomi ummah.

COVID-19: MEDAC terima lebih 380,000 panggilan sepanjang pandemik
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerima pertambahan mendadak panggilan sebanyak 382,255 daripada usahawan.

TNB anugerah kontrak berjumlah RM16.9 bilion kepada vendor Bumiputera
Ketua Pegawai Perolehannya, Amir Mahmod Abdullah berkata, ia melibatkan 822 syarikat merangkumi 32 vendor di bawah kategori pembekal dan 790 vendor di bawah kategori kontraktor.

INSKEN komited memperkasa usahawan tempatan
Institut Keusahawanan Negara menasihatkan para usahawan tempatan agar memahami secara mendalam bidang perniagaan yang diceburi serta memperkasakan ilmu bagi memastikan mereka terus berdaya saing.

MEDAC tingkatkan jumlah usahawan graduan - Wan Junaidi
MEDAC sedang melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan penyertaan graduan untuk menceburi bidang keusahawanan.

Medac lantik lima Ahli Lembaga SKM baharu
Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pihaknya berharap mereka bersedia menggalas setiap amanah diberikan.