awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
SAR lelaki hilang ketika memancing dihentikan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SAR lelaki hilang ketika memancing dihentikan

Bernama
Bernama
29/12/2025
21:15 MYT
SAR lelaki hilang ketika memancing dihentikan
Pihak bomba melakukan kerja-kerja pencarian Ariff Aiman Ishak yang dikhuatiri lemas dan sehingga Isnin, mengsa tidak ditemui sebelum SAR dihentikan jam 6.30 petang. - Foto Bomba/BERNAMA
BUKIT MERTAJAM: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas ketika memancing di Jalan Ban Sungai Belanak, Juru, di sini dihentikan sehingga petunjuk baharu ditemui.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan daripada polis pada 5.36 petang Sabtu bagi mencari Ariff Aiman Ishak, 23, yang dikhuatiri lemas.
"Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan daripada pihak polis memaklumkan insiden seorang lelaki telah hilang ketika memancing dan pengadu (abang mangsa) memberitahu adiknya tidak pulang ke rumah.
"Dia juga mengesahkan topi keledar dan peralatan memancing adiknya masih berada di atas pelantar (lokasi terakhir) dalam keadaan baik, pengadu khuatir adik beliau telah hilang dan membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Katanya pihak bomba melakukan kerja-kerja pencarian mangsa dan sehingga semalam lelaki tersebut tidak ditemui sebelum SAR dihentikan 6.30 petang semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SAR
#JBPM Pulau Pinang
#lemas
#lelaki hilang ketika memancing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan