SHAH ALAM: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menangguhkan sementara permohonan Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN).
Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, ini bagi memberi ruang kepada TEKUN untuk memproses permohonan daripada 23,237 pemohon.
Beliau menjelaskan daripada jumlah pemohon itu, kementeriannya menganggarkan nilaian pembiayaan sebanyak RM187 juta.
Sebelum ini, MEDAC telah memperuntukkan kira kira RM200 juta untuk pembiayaan itu.
Kini dengan baki RM13 juta lagi kementeriannya akan menggunakan peruntukan bagi memulihkan usahawan yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.
“RM13 juta ini kita terpaksa reservekan untuk memberikan keutamaan khusus kepada usahawan yang terlibat dalam banjir kerana yang SPIN ini kita kita buka (untuk mereka) terlibat banjir.
“Tak kena banjir boleh mohon tetapi oleh kerana kita dah kena banjir, ini jadi RM13 juta ini memang kita reservekan menolong khususnya usahawan yang kena banjir. Yang mana maksimum ialah RM10,000,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Walkabout Skim Pembiayaan Informal dan Mikro di Kompleks KPPMS, Seksyen 3 Shah Alam.
Dalam program itu, Noh menyampaikan cek pembiayaan kepada 21 usahawan dan pemberian dalam bentuk pinjaman tanpa faedah itu turut menawarkan moratorium setahun.
Usahawan yang mendapat cek bawah skim ini akan memulakan bayaran tahun depan tanpa dikenakan kadar faedah.
Tambahnya daripada jumlah keseluruhan permohonan, sebanyak 3,986 telah diluluskan dengan nilai pembiayaian RM37 juta.
Beliau juga berpuas hati dengan skim SPIN yang memperuntukkan masa satu minggu untuk meluluskan permohonan.
Usahawan ini diberi pinjaman maksimum RM10,000 tanpa faedah dan moratoriumnya selama satu tahun.
Antara negeri terbanyak membuat permohonan ialah Selangor iaitu sebanyak 3,844 dengan 935 pemohonan sudah diluluskan.
Astro Awani
Sun Jan 16 2022

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar pada sidang media selepas program Walkabout Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) di Seksyen 3 Shah Alam hari ini. - Foto BERNAMA

AWANI Ringkas: Sabah catat peningkatan 51 kali ganda kes HFMD
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sindiket penyamaran, SPA nafi tawar perkhidmatan berbayar untuk kemasukan
SPA menafikan penawaran perkhidmatan berbayar kepada mana-mana individu untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam.

HFMD: Sarawak catat tren peningkatan, 483 kes direkodkan setakat 14 Mei
Jangkitan kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) di Sarawak menunjukkan peningkatan walaupun dalam keadaan terkawal dengan jumlah kumulatif ialah 483 kes dalam tempoh Januari hingga 14 Mei 2022.

Sultan Perak berkenan dengar taklimat kemalangan lima pelajar USAS
Sultan Nazrin rasa zahir dukacita kejadian yang melibatkan kehilangan nyawa lima orang pelajar itu secara sangat tragik dan mengerikan.

Terima ijazah kehormat, Taylor Swift kini bergelar Dr
Swift, 32, menerima ijazah kehormat kedoktoran seni dari Universiti New York (NYU) pada Rabu.

DUN Sarawak: Ibu bapa culas daftar kelahiran punca anak tiada dokumen pengenalan diri - Fatimah
Kerajaan Sarawak memandang serius malah sentiasa komited untuk mempercepatkan tempoh menunggu status permohonan kewarganegaraan, terutama yang melibatkan kanak-kanak di negeri ini.

Bekas ADUN Melaka, Noor Effandi sertai Amanah
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas Datuk Noor Effandi Ahmad menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), Selasa lepas.

Krisis jururawat di Johor: Tawaran gaji lumayan di Singapura tarik minat anak tempatan
Johor hadapi masalah kekurangan antara 15,000 hingga 18,000 jururawat.

HFMD: Kes jangkitan meningkat enam kali ganda di Sarawak
Ibu bapa kepada kanak-kanak yang menghidapi HFMD dinasihatkan supaya tidak menghantar mereka ke tadika, taska atau sekolah atau bermain dengan kanak-kanak lain semasa mereka sakit.

Sukan SEA: Prabudass tidak bertanding kerana masalah kesihatan
K. Prabudass terpaksa menarik diri atas nasihat pakar perubatan bagi mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini.

Medac bincang, bantu susun semula pembiayaan usahawan terjejas COVID-19
Tan Sri Noh Omar berkata cadangan bagi membantu usahawan untuk bangkit semula turut diutarakan beliau pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini.

Kerajaan negeri Johor peruntuk RM1.5 juta bantu koperasi kecil dan mikro
Ia susulan perkembangan dan pencapaian koperasi di negeri itu yang kekal relevan dan terus mendapat kepercayaan kerajaan negeri.

MEDAC kenal pasti usahawan terjejas banjir di Terengganu, Kelantan
Pengumpulan maklumat usahawan terlibat sedang dijalankan dan proses pengumpulannya sama seperti mengenal pasti mangsa banjir akhir tahun lepas.

Medac agih geran RM50 juta bantu usahawan terkesan banjir
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) melalui Tekun Nasional telah mula mengagihkan geran berjumlah RM50 juta bagi membantu usahawan informal dan mikro yang terjejas akibat banjir.

Dewan Rakyat: AIM tidak pernah dikorporatkan - Noh Omar
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menegaskan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) tidak pernah dikorporatkan.

Tiga syarikat Malaysia meterai MoU bernilai RM100 juta di Ekspo 2020 Dubai
Fokus industri yang diketengahkan kali ini adalah teknologi AI dan Inovasi, perubatan dan kesihatan serta perkhidmatan berkaitan dron.

Syarikat perniagaan disaran beri peluang kepada warga tempatan - Noh Omar
Syarikat perniagaan harus beri peluang kepada warga tempatan untuk diserapkan bekerja dalam organisasi mereka, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar.

MEDAC sasar lebih banyak Coop Mart bantu ringankan beban rakyat
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menyasarkan untuk mewujudkan lebih banyak kedai koperasi (Coop Mart) yang menawarkan barangan dengan harga lebih murah daripada pasaran.

MEDAC tangguh sementara permohonan skim pembiayaan SPIM - Noh Omar
Ini bagi memberi ruang kepada TEKUN untuk memproses permohonan daripada 23,237 pemohon.

MEDAC saran PBT mudahkan permohonan lesen usahawan
Usahawan berdepan cabaran tempat berniaga yang terhad dan permohonan lesen yang mencabar, di samping kekurangan peluang pembiayaan.