KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 memandangkan purata kadar jangkitan harian COVID-19 masih tidak berkurang di bawah 5,000 namun ia berharap akan ada langkah-langkah efektif untuk meningkatkan perniagaan.
"Meskipun adalah satu keperluan untuk melanjutkan PKP 3.0 bagi tempoh dua minggu lagi, kerajaan juga perlu memastikan langkah-langkah berkesan disediakan untuk menyokong majikan yang terkesan terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perusahaan mikro," kata Presiden MEF Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman dalam satu kenyataan hari ini.
Kerajaan melanjutkan PKP 3.0 sehingga 28 Jun.
Pada 11 Jun, Malaysia merekodkan 6,849 kes baharu menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 78,864 setakat ini.
Sementara itu Pengerusi Dasar dan Hubungan Kerajaan Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SAMENTA) Datuk William Ng berkata meskipun persatuan itu bersetuju PKP 3.0 perlu dilanjutkan memandangkan kadar jangkitan harian COVID-19 masih tinggi, namun ia merayu kerajaan untuk menimbang supaya sektor ekonomi dibenarkan beroperasi dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat dan dengan kapasiti terhad.
Untuk rekod, katanya, SAMENTA tidak pernah meminta supaya PKP diperketatkan dan percaya PKP 3.0 dapat menurunkan kadar jangkitan jika diberi masa, tanpa perlunya semua aktiviti ekonomi dihentikan
"Dengan pengumuman perpanjangan PKP diperketat, kami berharap kerajaan dapat melanjutkan program subsidi upah hingga akhir tahun, membenarkan moratorium pinjaman bank secara automatik dan bebas faedah dan menangguhkan semua bayaran berkanun termasuk ansuran cukai pendapatan dari Mei hingga Disember 2021," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 12 2021
Suasana di pusat beli belah KLCC sunyi ekoran kebanyakan premis ditutup selepas kerajaan melaksanakan semula PKP ketika tinjauan Januari 2021 lalu. - Gambar hiasan/BERNAMA
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dasar tangani buli siber di tempat kerja perlu diperkukuhkan - MEF
Katanya, kegiatan buli kini semakin parah apabila cara lama membuli kini diperluaskan kepada bentuk baharu, iaitu buli di alam siber.
MEF bantah kenaikan yuran Fomema, pemeriksaan perubatan pekerja asing makin kerap
MEF berkata syarikat-syarikat hanya mengetahui tentang kenaikan yuran dan kekerapan pemeriksaan apabila melawat laman web Fomema.
MEF tak setuju majikan diwajibkan bayar elaun pelatih
MEF tidak bersetuju syarikat swasta diwajibkan membayar elaun kepada pelatih industri, sebaliknya perlu mengikut budi bicara mereka.
Bukan masa sesuai tingkatkan umur persaraan - MEF
Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) tidak bersetuju sekiranya usia persaraan di sektor lain turut ditingkatkan kepada 61 tahun.
Insentif Kerjaya Madani 2023 galak majikan menggaji kumpulan sasar - MEF
Syed Hussain berkata, hal ini dapat menangani isu kekurangan tenaga kerja yang dihadapi dan meningkatkan keyakinan pelabur.
MEF seru dasar pengeluaran KWSP disemak semula
MEF menyeru agar dasar pengeluaran KWSP dikaji semula, dengan mengambil kira umur persaraan minimum semasa Malaysia iaitu 60 tahun.
Penggabungan KWSP-Perkeso tidak praktikal - MEF
Penggabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bukanlah satu tindakan yang praktikal untuk dilaksanakan, kata Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).
Tidak perlu pengeluaran KWSP, fokus subsidi - MEF
Shamsuddin berkata jika pencarum tidak mempunyai wang mencukupi untuk bersara, maka mereka pasti akan menghadapi masalah.
MEF cadangkan rangka kerja komprehensif bagi kekalkan bakat Malaysia yang kembali di bawah REP
Syed Hussain menggesa kerajaan memberi perhatian khusus kepada mereka yang kembali bekerja di negara ini melalui program itu.
Pindaan Akta Kerja meresahkan golongan majikan - Pengarah Eksekutif MEF
Pindaan Akta Kerja 1955 dilihat memberi keuntungan kepada golongan pekerja namun meresahkan para majikan di negara ini.