MELAKA: Pelaburan di Melaka bagi 2023 terus menunjukkan perkembangan positif apabila merekodkan nilai berjumlah RM5 bilion lebih awal iaitu setakat pertengahan tahun ini, berbanding sasaran setahun penuh sebanyak RM6 bilion.
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata selain kemasukan pelabur dari pelbagai negara, perkembangan positif itu turut dipacu oleh keyakinan pelabur asing yang menambah input pelaburan melalui pembesaran kilang sedia ada.
"Bagi setakat pertengahan tahun ini, Melaka telah mendapat RM5 bilion dan percaya kita akan dapat lebih banyak (pelaburan) menjelang hujung tahun ini, berbanding RM8.2 bilion tahun lepas. Jumlahnya akan kita beritahu dari semasa ke semasa sehingga Disember nanti," katanya kepada pemberita di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pecah tanah kilang Texas Instruments (TI) Incorporated di Batu Berendam di sini, yang turut dihadiri Duta Amerika Syarikat di Malaysia, Brian D. McFeeters.
Ab Rauf berkata berdasarkan laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), pelaburan di negeri ini terus meningkat setiap tahun dengan sektor pembuatan kekal menjadi antara tulang belakang pembangunan Melaka.
"Justeru, kita berharap lebih banyak syarikat konglomerat melabur di sini manakala syarikat sedia ada terus mengembangkan perniagaan mereka," katanya.
Mengenai majlis itu, beliau berkata pembesaran kilang TI melibatkan kos RM5 bilion yang dijangka memulakan operasi pada awal 2025 itu akan memberi peluang pekerjaan kepada 500 anak tempatan, sekali gus melonjakkan pembangunan industri semikonduktor di Melaka.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 07 2023

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (kiri) ketika hadir pada majlis pecah tanah kilang Texas Instruments(TI) Incorporated di Batu Berendam, hari ini. - Foto BERNAMA
Dakwaan kerajaan pimpinan GRS, PH gagal tidak berasas - Hajiji
Dakwaan pembangkang kononnya kerajaan Sabah yang kini ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) gagal adalah suatu yang tidak berasas
Satu lagi lubang benam di Jalan Gua Musang–Lojing, laluan ditutup sepenuhnya
Satu lagi lubang benam berlaku di Kilometer 78 Jalan Gua Musang–Lojing berhampiran Kampung Jekjok pada awal pagi tadi, hanya tujuh meter dari lokasi kejadian sebelumnya.
Polis tumpas sindiket dadah sasar nelayan, 24 ditahan
Seramai 24 individu termasuk seorang wanita disyaki pengedar dadah ditahan dan pelbagai jenis dadah dirampas dalam Ops Penyu 1.0 di sekitar Dungun, Setiu dan Besut di Terengganu serta Pasir Puteh, Kelantan pada 6 hingga 12 Mac lepas.
Rentap kepala pelajar autisme, polis buka kertas siasatan
Polis membuka kertas siasatan berhubung insiden seorang pembantu pengurusan pelajar yang didakwa mengasari seorang pelajar autisme berusia tujuh tahun di sebuah sekolah rendah di Kelana Jaya, Petaling Jaya.
Wanita maut terjatuh jejambat, dilanggar kenderaan
Seorang wanita ditemukan mati selepas dipercayai terjatuh daripada jejambat berhampiran i-City di Kilometer 6.5 Lebuhraya Persekutuan dari Shah Alam menghala ke Klang sebelum dilanggar kenderaan yag melalui kawasan itu.

Pemilihan PKR: Nurul Izzah bakal pertahan jawatan Naib Presiden
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bakal mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti, Mei ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Mac 2025.

Dakwaan kerajaan Sabah pimpinan GRS, PH gagal tidak berasas - Hajiji
Dakwaan pembangkang kononnya kerajaan Sabah yang kini ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) gagal adalah suatu yang tidak berasas, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

UNRWA buka 130 pusat pendidikan sementara di Gaza
UNRWA kekal sebagai penyedia terbesar perkhidmatan pembelajaran kecemasan dan sokongan psikososial di Gaza.

Rentap kepala pelajar autistik, polis buka kertas siasatan
Polis membuka kertas siasatan berhubung insiden seorang pembantu pengurusan pelajar yang didakwa mengasari seorang pelajar autisme berusia tujuh tahun di sebuah sekolah rendah di Kelana Jaya, di sini.

Melaka catat pelaburan RM5 bilion lebih awal, sasaran 2023 sebanyak RM6 bilion
Pelaburan di Melaka bagi 2023 terus menunjukkan perkembangan positif apabila merekodkan nilai berjumlah RM5 bilion lebih awal.