Melaka kini dalam proses untuk menarik para pelabur India, khususnya dalam bidang penghasilan tekstil.
Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, antara usaha itu termasuk menerusi kunjungan rasmi lapan harinya ke Kashmir bermula 15 Disember 2015, bagi mengembangkan lagi industri tekstil dan pakaian di negeri berkenaan.
Malah, katanya, penghasilan produk yang turut meletakkan keterangan seperti 'Buatan Malaysia' pada tekstil dan pakaian, juga dapat membantu melonjakkan nama negara.
"Saya melihat ada beberapa hubungan pelaburan yang boleh dijalinkan. Ini kerana, para pelabur India pernah bertumpu di Melaka menerusi pelaburan dalam pengeluaran pakaian (jenama runcit antarabangsa) Marks & Spencer dan pelbagai jenama lain.
"Sehubungan itu, saya mahu menghidupkan semula pelaburan tekstil ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri itu di Seri Negeri, di sini, hari ini.
Pada tahun lepas, Melaka berjaya menarik pelaburan bernilai RM4.4 bilion, termasuk pelaburan asing sebanyak RM1.8 bilion.
Bagi tahun ini, Melaka menyasarkan pelaburan berjumlah RM5 bilion, katanya.
Selain itu, Idris berkata, Kerajaan Negeri juga bercadang untuk menaik taraf Hang Tuah Mall di sini kepada bangunan yang menepati standard negara maju.
"Kita akan kemukakan perancangan terperinci projek yang menyaksikan perubahan bangunan era pasca perang itu.
"Saya sudah meminta pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mengadakan ujian keselamatan terhadap bangunan itu berikutan masalah dindingnya diselaputi air," katanya.
Menurutnya, kawasan Jalan Hang Tuah itu juga mampu menjadi sebuah bandar lestari dengan pembangunan termasuk sebuah bangunan Yayasan Melaka setinggi 30 tingkat.
Bernama
Mon Dec 28 2015
IDRIS: Para pelabur India pernah bertumpu di Melaka menerusi pelaburan dalam pengeluaran pakaian
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PRN Melaka: 'Idris, pilih tempat lain kalau nak ceramah, jangan ganggu mesyuarat UMNO' - Ahmad Maslan
Jelas Ahmad, Idris telah disahkan dilucut keahlian dan tidak sepatutnya bertindak demikian.
PRN Melaka: Mesyuarat Cawangan UMNO Klebang Kecil kecoh, Idris muncul beri ucapan
Keadaan mula kecoh selepas ada antara Ahli Jawatankuasa UMNO yang mempersoalkan lokasi mesyuarat diadakan.
Politik Melaka: Jika Idris langgar sumpah setia, Kerajaan Negeri akan ambil tindakan - Kamel
Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka memandang serius tohmahan mantan ADUN Sungai Udang bahawa MMKN mengamalkan dasar terpilih.
Politik Melaka: Saya akan cari siapa cabar saya, mungkin 'dia' berminat di Sungai Udang? - Idris
Sebelum ini, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad mencabar Idris untuk bertanding melawannya dalam PRN Melaka jika dilaksanakan.
Operator tapak pelupusan dikompaun RM10,000 sisa air sampai ke sungai
Keputusan analisa sampel air menunjukkan, berlaku perlanggaran beberapa parameter yang ditetapkan.
Tangani banjir kilat: Melaka usaha banyakkan kolam takungan air di taman perumahan
Datuk Seri Idris Haron berkata langkah itu sudah dilaksanakan di beberapa taman perumahan dan ia dilihat berjaya mengatasi bencana itu.
Pecat Idris Haron suatu dakwaan mengarut - Sulaiman
Menurut Sulaiman, kenyataan itu adalah suatu yang tidak masuk akal dan ia sengaja dicetuskan oleh individu tidak bertanggungjawab
Idris Haron serah nasib kepada pucuk pimpinan BN tentukan kerusi yang akan ditandingi
Datuk Seri Idris Haron berkata, buat masa ini, kemenangan besar parti pada PRU14 lebih menjadi keutamaan berbanding kehendak peribadi.
Kerajaan negeri Melaka umum insentif khas penggali kubur
Bantuan sekali bayar itu akan memberi manfaat kepada dua penggali kubur di setiap 194 kariah di seluruh negeri Melaka.
Persempadanan semula pastikan wakil rakyat berkhidmat lebih efektif
Langkah itu bagi memberi peluang dan ruang kepada pemimpin masyarakat itu untuk menyalurkan perkhidmatan yang diamanahkan secara menyeluruh.