KUALA LUMPUR: Minyak sawit Malaysia tidak diperoleh daripada sebarang mekanisme yang diubah suai secara genetik (GM), kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Bagaimanapun, Pengarah Bahagian Biologi dan Penyelidikan Kelestarian MPOB Meilina Ong-Abdullah berkata MPOB sedang menjalankan penyelidikan mengenai GM sebagai persediaan untuk memenuhi permintaan masa hadapan.
"GM adalah sebahagian daripada sasaran penyelidikan yang kami ada. Kita memang ada sistem yang berterusan... sama ada berjaya atau tidak, ia masih perlu diuji.
"Penyelidikan sedang dijalankan daripada segi penggunaan teknologi untuk menambah baik dan mendapatkan kualiti minyak lebih baik. Kami menggunakan teknologi kerana ia adalah kunci untuk mendorong potensi kelapa sawit melalui pengubahsuaian genetik," katanya pada Persidangan Penanam Antarabangsa ke-10 (IPC 2023) pada Selasa.
Selain itu, MPOB juga menggunakan penyuntingan genom genetik selain daripada kaedah kejuruteraan genetik yang lain, kata Meilina.
Setiap tanaman mempunyai had daripada segi hasil, justeru GM dan penyuntingan genom akan membolehkan lebih banyak pengeluaran minyak sawit.
"Kami boleh mengubah suai gen untuk meningkatkan hasil, GM dan penyuntingan genom membolehkan kami berinovasi melebihi potensi genetik tanaman biasa.
"Secara teorinya, potensi hasil adalah 18 tan sehektar tetapi secara praktikalnya ia hanya menghampiri 13.6 tan sehektar. Tetapi dengan pengeditan GM dan genom, kami boleh menghasilkan lebih banyak minyak sawit," katanya.
Penyuntingan genom atau gen ialah sekumpulan teknologi yang membolehkan saintis mengubah asid deoksiribonukleik (DNA) organisma, teknologi tersebut dapat menambah, membuang atau mengubah bahan genetik pada lokasi tertentu dalam genom.
Melina berkata daripada segi penerimaan orang ramai, ia masih dipersoalkan mengenai GM dan penyuntingan genom.
"Ia tidak berbahaya....ia pada asasnya adalah sedikit perubahan, penyingkiran gen, menyunting apa sahaja yang ada. Ia lebih diterima oleh pengguna kerana kita tidak meletakkan sebarang gen 'alien' (asing) ke dalam organisma.
"Suntingan genom dianggap lebih diterima oleh orang ramai dan telah terbukti kerana orang ramai mengambil kacang soya, sebagai contoh. Ia selamat, ia hanya persepsi orang ramai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 13 2023
MPOB sedang menjalankan penyelidikan mengenai GM sebagai persediaan untuk memenuhi permintaan masa hadapan. - Gambar hiasan
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Peranan minyak sawit seperti wira, kata ahli akademik AS
Kemajuan yang beterusan dalam amalan kemampanan membolehkan minyak sawit memberi sumbangan bermakna kepada matlamat kesihatan global.
MPOC jangka cadangan tangguh pelaksanaan EUDR akan diluluskan Parlimen EU
Majlis Minyak Sawit Malaysia jangka Parlimen EU akan luluskan cadangan menangguhkan pelaksanaan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).
Pembatalan belian minyak sawit oleh kilang India dianggap tindakan sementara - Johari
Keputusan kilang penapis India membatalkan pembelian kira-kira 100,000 tan minyak sawit sebagai respons terhadap kenaikan cukai import yang diputuskan kerajaannya.
Pengeluaran sawit Malaysia dijangka lepasi 19 juta tan tahun depan - Penganalisis
Pengeluaran sawit Malaysia dijangka melepasi 19 juta tan pada 2025 sekiranya fenomena La Nina yang kuat melanda, kata seorang penganalisis.
Eksport minyak Malaysia naik 39.92 peratus kepada 1.69 juta tan pada Julai - MPOB
Eksport minyak sawit Malaysia melonjak 39.92 peratus kepada 1.69 juta tan pada Julai 2024 daripada 1.21 juta tan pada Jun 2024, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Malaysia raih lebih RM230 juta dalam perjanjian perdagangan minyak sawit dengan China
Lawatan Chan dari 8-12 Julai untuk mempromosikan agrikomoditi Malaysia di China telah menghasilkan empat memorandum persefahaman.
Stok minyak sawit Malaysia meningkat 4.35 peratus kepada 1.83 juta pada Jun - MPOB
Jumlah stok minyak sawit Malaysia meningkat 4.35 peratus kepada 1.83 juta tan pada Jun 2024 daripada 1.75 juta tan pada Mei 2024, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 Julai 2024.