Dalam usaha membantu orang ramai, golongan usahawan dan syarikat perniagaan mendepani situasi pasca COVID-19, Dewan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITC) turut memainkan peranan organisasi itu melaksanakan inisiatif digital bagi membolehkan urus niaga dilaksanakan secara dalam talian.
Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi MITC, Fazli Abu Bakar berkata, selain urus niaga secara dalam talian, teknologi inovatif seperti pelaksanaan Program Kad Kesetiaan Selangor turut menawarkan diskaun kepada penduduk tempatan, pengunjung dan pelancong untuk berbelanja di banyak lokasi di negeri itu.
Beliau berkata, penyelesaian teknologi inovatif itu membuktikan manfaat untuk kedua-dua platform digital dan rakan kongsi MITC.
"Ekoran penularan COVID-19, norma kehidupan rakyat kini telah berubah dan kini perlu membiasakan diri mereka menggunakan teknologi digital untuk melaksanakan urusan seharian.
"Usaha dilakukan MITC itu selaras Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jumaat lalu sebagai pelan pemulihan ekonomi jangka pendek yang akan dilaksanakan antara bulan Jun dan Disember 2020," katanya di sini pada Jumaat yang turut memaklumkan kos keseluruhan sistem kad itu bernilai RM2 juta dan dibangunkan oleh SLC Center.
Fazli berkata, pelaksanaan teknologi digital dalam tadbir urus negara, tadbir urus sosial dan pembangunan ekonomi akan dapat membantu mendepani krisis seumpama COVID-19 pada masa hadapan.
Berhubung Kad Kesetiaan Selangor, beliau berkata, program itu memperkenalkan sistem kad diskaun pertama memberi tawaran eksklusif kepada penduduk tempatan, pengunjung dan pelancong untuk berbelanja dari banyak tempat di seluruh Selangor bertujuan menyokong pertumbuhan ekonomi setempat dan memberi penjimatan berterusan kepada pengguna sebagai langkah mengurangkan kos sara hidup.
Jelasnya, Program Kad Kesetiaan Selangor itu mampu meningkatkan kuasa beli dan mengimbangi manfaat situasi menang-menang kepada pengguna serta golongan peniaga sejajar dengan slogan program iaitu ‘Di Selangor, Segalanya Jimat'.
"Kad diskaun tersebut bakal merangkumi sembilan skop perkhidmatan dan produk terpilih iaitu perkhidmatan kerajaan, pengangkutan, pusat rekreasi dan sejarah, penginapan, pusat jualan makanan dan minuman, pusat beli-belah, peruncitan, sukan dan pendidikan.
"Menerusi kerjasama ini, pelanggan hanya perlu menunjukkan kad berkenaan untuk menikmati pelbagai diskaun menarik yang ditawarkan oleh rakan niaga MITC yang terlibat bermula 10 peratus hingga 70 peratus setiap hari mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.
"Sistem kad ini berbeza daripada mana-mana kad diskaun lain kerana MITC juga turut menempatkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan peniaga secara dalam talian untuk memberi banyak opsyen kepada pelanggan mendapatkan barangan keperluan harian," katanya.
Menurutnya, pihaknya meletakkan sasaran pengguna kad itu seramai 500,000 orang pada tahun ini yang akan dijadikan pelanggan setia kepada rakan niaga MITC yang berdaftar.
Beliau berkata, pelanggan boleh melihat promosi dan pemasaran rakan niaga MITC menerusi laman web www.selangorloyaltycard.com.
Firdaus Azil
Fri Jun 12 2020

Dewan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITC) sahut cabaran laksana inisiatif digital untuk urus niaga dalam talian.

RUU intip: Penambahbaikan untuk penekanan holistik, rangkum semua aspek perundangan
Penambahbaikan terhadap draf dua rang undang-undang (RUU) berkaitan jenayah intip dan hendap telah dicadangkan bagi memastikan penekanan diberikan kepada kesalahan itu secara holistik.

Gempa bumi: Kedutaan Turkiye, Wisma Putra atur operasi, elak lambakan barang bantuan
Beberapa pasukan dan bekalan ubat-ubatan akan dihantar untuk membantu operasi mencari dan menyelamat yang menjadi tumpuan utama ketika ini.

Operasi SAR pelajar hilang di Pulau Mawar dihentikan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta yang dilapor hilang selepas mendaki bukit seorang diri di Pulau Mawar di sini dihentikan 7 malam, semalam.

Gempa bumi Turkiye: Operasi SAR pasukan SMART dipecah kepada beberapa unit - Nadma
Tujuh puluh anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Turkiye, kini dipecahkan kepada beberapa unit pasukan.

Tmax pasang Sistem Pengurusan Pangkalan Data Tibero di UiTM
Salah satu keperluan utama UiTM ialah mewujudkan pangkalan data di lokasi alternatif serta perlu mempunyai prestasi yang sama dengan pangkalan data utama UiTM.

4 MoU bakal dimeterai dalam lawatan PM ke Thailand
MoU itu melibatkan Tenaga Nasional Berhad dan anak syarikatnya serta Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dengan empat syarikat di Thailand.

Kedutaan Turkiye & Wisma Putra sedang atur operasi bersama - Duta Turkiye ke Malaysia
Duta Republik Türkiye ke Malaysia, Emir Salim Yüksel memaklumkan bahawa mereka bersama Kementerian Luar dibantu NGO kemanusiaan akan menggerakkan pasukan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat di kawasan terkesan.

Musibah mempererat lagi hubungan Turkiye-Malaysia - Duta Turkiye ke Malaysia
Duta Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yüksel menyatakan setinggi penghargaan kepada respons pantas Malaysia untuk membantu Turkiye dan ia satu peristiwa penting dalam hubungan erat antara kedua-dua negara.

AWANI Ringkas: Wujudkan hospital lapangan di Turkiye
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![AWANI 7:45 [08/02/2023] - Ketirisan perolehan vaksin? | Penguat kuasa perlu berani | Malaysia tambah anggota ke Turkiye | Bunuh sebab cemburu AWANI 7:45 [08/02/2023] - Ketirisan perolehan vaksin? | Penguat kuasa perlu berani | Malaysia tambah anggota ke Turkiye | Bunuh sebab cemburu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2008594/35293274941675861107760_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [08/02/2023] - Ketirisan perolehan vaksin? | Penguat kuasa perlu berani | Malaysia tambah anggota ke Turkiye | Bunuh sebab cemburu
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz; 1. Pembelian meragukan, kertas putih berkaitan vaksin dibentang di Parlimen 2. Malaysia terus bantu Turkiye, lebih dua juta disalurkan 3. MB Kedah dakwa rundingan agihan kerusi PH-BN akan gagal, sebab UMNO 4. Rasuah makin membarah, sampai urus jenazah pun minta suapan #AWANInews

MITC pertimbang kad diskaun untuk petugas barisan hadapan
MITC mempertimbangkan pemberian percuma kad diskaun kepada petugas barisan hadapan yang berkorban tenaga dan nyawa dalam memerangi penularan COVID-19 di Selangor.

MITC laksana inisiatif digital pasca COVID-19
Dewan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITC) sahut cabaran laksana inisiatif digital untuk urus niaga dalam talian.

MITC bakal tarik pelaburan RM500 juta syarikat multinasional
Dewan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITC) bakal menarik pelaburan asing kira-kira RM500 juta menerusi syarikat multinasional usahasama MITC untuk melabur di negara ini dalam industri seperti miny