Penurunan lebihan dagangan yang dicatatkan pada awal 2013 tidak membimbangkan kerana pelarasan sedang berlaku, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Dr Rebecca Sta Maria.
"Banyak import yang masuk ke Malaysia adalah import perantara.
"Ia menyumbang kepada proses membangunkan atau membina industri pembuatan. Negara ini tidak mengimport semua bahan habis guna ini.
"Memanglah, kita juga sedang menggandakan usaha kita untuk meningkatkan eksport. Kita masih menyasarkan perkembangan eksport sebanyak tiga peratus (tahun ini) dan kita berusaha keras untuk mencapainya," tegas beliau hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program tanggungjawab korporat MITI iaitu menambah baik dua taman mini di Jalan Duta.
Lebihan dagangan Malaysia bagi April 2013 berjumlah RM940 juta yang susut dengan ketara daripada RM5.08 bilion yang dicatatkan pada Mac 2013.
Ditanya tentang mata wang tunggal Asean, Sta Maria berkata kerajaan-kerajaan dalam Asean belum mencapai persetujuan tentang mata wang bersama.
"Kami ada membincangkannya tetapi tidak terperinci. Saya rasa tiada keperluan bagi mata wang tunggal," katanya.
Mengenai keadaan turun naik pasaran pertukaran asing, Sta Maria berkata pergerakan mata wang tidak begitu menjejaskan Malaysia disebabkan oleh jenis perdagangan negara ini.
"Ia tidak mengganggu perdagangan kerana kita mengimport sama banyaknya seperti kita mengeksport," katanya.
Bernama
Sat Jun 15 2013
Jumaat pertama 2025 Johor cuti atau bekerja ditetapkan minggu depan - Exco
Keputusan sama ada Jumaat pertama 2025 diisytihar cuti atau hari bekerja akan ditetapkan minggu hadapan, susulan perubahan cuti hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan.
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit memulakan hari ini hampir mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati terhadap prospek ekonomi semasa.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini disebabkan sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Ringgit dijangka didagang dalam julat 4.42-4.43 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka didagangkan dalam julat 4.42 hingga 4.43 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan.
Ringgit teruskan momentum mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar AS menjelang pengumuman data penggajian bukan perladangan (NFP) negara maju itu.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Urus niaga ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini dalam persekitaran sentimen berhati-hati dalam pasaran mata wang global.
Ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal pada Isnin walaupun terdapat sentimen berhati-hati.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga dengan lebih mengukuh berbanding dolar AS di tengah-tengah minat belian baharu.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan penurunan Indeks Dolar AS (DXY).
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini dalam persekitaran sentimen berhati-hati berikutan perkembangan ekonomi global semasa.