awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
Ini kronologi kemalangan maut penyerang sensasi Liverpool Diogo Jota
MALAYSIA
Anwar diberi sambutan rasmi oleh Itali di Chigi Palace
MALAYSIA
Pesara ATM mohon kebenaran merayu dalam kes tuntutan pelarasan pencen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Pasangan suami isteri ditahan terlibat kegiatan pelacuran dan pengedaran video lucah

Bernama
Bernama
02/07/2025
12:38 MYT
Pasangan suami isteri ditahan terlibat kegiatan pelacuran dan pengedaran video lucah
Rusdi berkata dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas tiga telefon bimbit, dua kondom, seunit tiub pelincir, sepeket tisu basah, sehelai tuala mandi serta sekeping kad akses. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri ditahan di sebuah hotel di Shah Alam dekat sini semalam (Selasa) selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran dan pengedaran video lucah melalui aplikasi media sosial.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pasangan warga tempatan berkenaan yang masing-masing berusia 34 tahun, diberkas pada 8 malam semalam oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
Beliau berkata dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas tiga telefon bimbit, dua kondom, seunit tiub pelincir, sepeket tisu basah, sehelai tuala mandi serta sekeping kad akses.
Rusdi berkata siasatan awal mendapati, si suami (suspek lelaki) berperanan sebagai pencipta kandungan dengan mempromosikan penjualan video lucah yang dilakonkan oleh isterinya dan pelanggan, serta menjalankan aktiviti pelacuran untuk mendapatkan keuntungan hasil daripada penjualan video lucah dan pelacuran.
"Isteri lelaki itu yang berperanan sebagai pelacur yang akan membantu dalam melariskan perjualan video lucah dengan memainkan watak utama dalam video yang dihasilkan dan mampu memperolehi pendapatan sehingga RM6,400 seminggu.
"Pasangan ini menyasarkan pelanggan yang mempunyai aplikasi X untuk membeli video lucah mereka dan aktiviti pelacuran yang diuruskan oleh suspek dengan menggunakan aplikasi Telegram sebagai medium mesej perbualan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Rusdi berkata bayaran yang dikenakan bagi langganan seks ialah antara RM450 hingga RM800 di sebuah hotel bertaraf empat bintang, manakala untuk penjualan video lucah dalam aplikasi Telegram sebanyak RM50 dan RM150 bagi Private Channel Limited Content dan Private Channel VVIP Unlimited Content.
"Pasangan berkenaan direman selama tiga hari sehingga Jumaat ini (4 Julai) dan kes disiasat mengikut Seksyen 372(1), Seksyen 372B dan Seksyen 372A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#media sosial
#seks
#Telegram
#video lucah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami