KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Khamis mengeluarkan Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam seiring mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan.

Dokumen sembilan halaman yang dikeluarkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Datuk Seri Asri Hamidon bertarikh 14 Julai 2022.

Garis Panduan itu menyatakan bahawa Kementerian, Jabatan, Agensi, Badan Berkanun Persekutuan serta Syarikat Terhad Dengan Jaminan (CLBG) hendaklah menyusun semula program atau aktiviti dan menguruskan aliran tunai mengikut keutamaan dengan memastikan tidak membuat 'trade-off' ke atas program dan aktiviti yang mengfokuskan kepada kesejahteraan rakyat.

"Kerajaan telah mengambil langkah untuk melaksanakan subsidi barangan perlu (essential goods) serta kawalan harga bagi mengurangkan impak inflasi dunia kepada negara dan rakyat.

"Peningkatan subsidi sedia ada terutamanya produk petroleum dan minyak masak serta subsidi baharu seperti elektrik dan ayam telah menyumbang kepada peningkatan perbelanjaan Kerajaan.

"Perbelanjaan bagi bantuan dan subsidi diunjurkan mencecah RM77.7 bilion berbanding dengan peruntukan RM31 bilion yang diluluskan dalam Bajet 2022.

"Dengan itu, Kerajaan seharusnya melaksanakan langkah-langkah penjimatan perbelanjaan bagi membantu membiayai sebahagian perbelanjaan tambahan berkaitan subsidi demi kesejahteraan rakyat," memetik kandungan dokumen tersebut.

Antara yang dinyatakan dalam dokumen tersebut termasuk sasaran Kementerian Kewangan melaksanakan penjimatan peruntukan mengurus sekurang-kurangnya lima peratus.

Antara penjimatan yang digariskan termasuk melibatkan pejawatan, kontrak, elaun, aset, penganjuran acara, iklan, pelaburan, rizab dan perbelanjaan pembangunan.

Dilampirkan Pekeliling Perbendaharaan tersebut: 

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
Pekeliling Perbendaharaan MalaysiaPekeliling Perbendaharaan Malaysia
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia