KUALA LUMPUR:Adalah penting bagi kerajaan melabur dalam perbelanjaan pembangunan untuk merangsang pertumbuhan baharu seperti yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2021, memandangkan kerajaan perlu terus menyediakan kepimpinan dalam ekonomi.
Pengarah Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Johan Mahmood Merican berkata keputusan itu diambil kerana kerajaan menjangkakan sektor swasta mungkin akan sedikit terkesan dalam bergerak ke hadapan dan mengharapkan kerajaan untuk merancakkan pertumbuhan.
"Semasa kami merangka Belanjawan 2021 sebagai kesinambungan daripada pakej rangsangan, kami melihat situasi ekonomi agak dinamik dan kerajaan akan terus memantau situasi itu.
"Saya rasa fokusnya ialah bagaimana kita belajar untuk hidup dalam persekitaran COVID-19 dan pada masa sama, membendung wabak kluster tetapi seimbangkannya dengan membenarkan ekonomi dibuka sejauh mungkin termasuk sekolah dan lain-lain," kata beliau dalam ucaptama sesi webinar Debat Pasca Belanjawan 2021 di sini hari ini. BACA SEMUA BERHUBUNG BELANJAWAN 2021
Meskipun, segelintir pihak berpendapat kerajaan perlu menggunakan perbelanjaan pembangunan untuk menyediakan lebih bantuan kepada kumpulan yang terkesan oleh COVID-19, Johan berkata banyak yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk tujuan itu dan untuk tahun 2021.
"Kita bercakap mengenai bantuan sosial, Bantuan Sara Hidup (BSH) serta Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang kita laksanakan pada 2020, sekiranya digabungkan berjumlah RM21 bilion. Tahun hadapan, kita ada BPN berjumlah RM6.5 bilion. Rasanya kita telah memperuntukkan jumlah wang yang agak banyak untuk kumpulan yang terkesan," katanya.
Beliau menambah Belanjawan 2021 benar-benar memberi fokus kepada kesejahteraan rakyat tetapi dengan pendekatan yang lebih bersasar, sama ada moratorium beralih daripada automatik kepada kumpulan sasaran B40 ataupun mereka yang pendapatan telah berkurangan serta pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
"Kita tidak mahu menghabiskan segala sumber yang ada dan memandangkan COVID-19 tidak akan hilang dalam tempoh terdekat ini, kita perlu menguruskan keseimbangan (dengan baik), memastikan kita masih ada sumber dan membelanjakannya pada perkara yang betul-betul perlu," jelasnya.
Johan berkata Belanjawan 2021 ialah tindakan penyeimbangan untuk kerajaan, antara pertimbangan segera dan jangka panjang, dan ini antara lain, turut melibatkan keputusan terbaharu mengenai pengeluaran Akaun 1 KWSP.
"Saya tahu ramai menyatakan bahawa kita patut lupakan usaha mempunyai sasaran untuk defisit fiskal dan terus meminjam sebanyak mungkin. Ini amat popular dalam kalangan pakar ekonomi di luar sana. Tetapi, saya berpendapat kita masih lagi bimbang dan cuba untuk mengekalkan penarafan kredit kita sebaik mungkin kerana merasakan banyak lagi implikasi yang lebih meluas untuk ekonomi dan rakyat secara keseluruhan.
"Jadi, di satu pihak, kita mahukan perbelanjaan terbesar (dalam Belanjawan 2021) sebanyak RM322.5 bilion untuk tahun berkenaan, tetapi pada masa sama, kita berusaha memastikan agar defisit menyederhana kepada 5.4 peratus daripada 6.0 peratus tahun ini meskipun dengan senario semasa," katanya.
Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM322.5 bilion atau 20.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk Belanjawan 2021, meningkat daripada jumlah peruntukan perbelanjaannya untuk tahun 2020, yang telah disemak secara menaik menjadi RM314.7 bilion daripada anggaran peruntukan awal RM297 bilion.
Daripada jumlah untuk Belanjawan 2021, RM236.5 bilion (73.3 peratus) akan disalurkan ke perbelanjaan operasi (OE), RM69 bilion (21.4 peratus) kepada perbelanjaan pembangunan (DE) dan RM17 bilion (5.3 peratus) kepada tabung COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 27 2020

Keputusan itu diambil kerana kerajaan menjangkakan sektor swasta mungkin akan sedikit terkesan dalam bergerak ke hadapan dan mengharapkan kerajaan untuk merancakkan pertumbuhan. - Gambar fail

Malaysia komited bantu ASEAN wujudkan ekosistem data yang selamat
Malaysia komited dalam memastikan aliran data rentas sempadan yang selamat dalam mewujudkan ekosistem e-dagang dalam kalangan negara ASEAN.

Kerjasama perkukuh pengaruh ASEAN dalam bidang digital - Muhyiddin
Muhyiddin Yassin berkata, sudah tiba masanya platform digital dilihat sebagai satu medium yang perlu digunakan dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.

ASEAN | Kerjasama ASEAN perkukuh undang-undang siber
Negara anggota ASEAN boleh mempertimbangkan pelaksanaan undang-undang mengenai privasi data dan hak pengguna untuk diaplikasikan pada setiap entiti digital di rantau ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sudah tiba masanya platform digital dilihat sebagai satu medium yang perlu digunakan dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.

Sarawak tangguh semua aktiviti pengimarahan masjid, hadkan bilangan jemaah
Antara aktiviti yang ditangguhkan termasuk ceramah, kuliah, kursus kelas dan bengkel.

COVID-19 | Hospital di Perlis mampu tampung jumlah pesakit
Pusat kuarantin dan rawatan pesakit COVID-19 di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar mencapai tahap 79 peratus. Bagaimanapun, menurut Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, negeri ini masih lagi mampu menampung jumlah pesakit COVID-19 memandangkan kapasiti di Kolej Jururawat Masyarakat Kangar yang digunakan hanya sekitar 26 peratus.

Samun | Geng samun Ah Boon ditahan
Polis menumpaskan Geng Ah Boon yang terbabit dalam kes samun warga asing Ini susulan penahanan tiga ahli kumpulan itu ditahan, malam Rabu.

Ketua Polis Petaling Jaya tampil bantu wanita ditahan curi makanan, ubat untuk anak
Nik Ezanee turut menyeru masyarakat untuk terus bertahan dalam suasana pandemik COVID-19 yang mencabar.

Waspada taktik penipuan ambil alih akaun WhatsApp - MCMC
MCMC menasihatkan orang ramai agar berwaspada dengan kewujudan taktik penipuan yang bertujuan mengambil alih akaun WhatsApp pengguna.

ADGMIN1: COVID-19 percepat pertumbuhan ekonomi digital Malaysia - Muhyiddin
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak setahun yang lalu telah mempercepat pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia.

Jualan kenderaan pada 2020 menurun 74,847 unit berbanding 2019, jangka peningkatan pada 2021
Walaupun terdapat penurunan dua digit dalam TIV, ia pencapaian yang baik bagi industri automotif tempatan.

PKP 2.0: Kerugian lebih rendah berbanding PKP sebelum ini - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, buat masa ini, kerajaan berjaya mengekalkan unjuran perkembangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Proklamasi darurat bukan untuk Muhyiddin beraja di mata, bukan sehingga kiamat - Bekas setiausaha politik Tun M
Proklamasi darurat yang telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong itu akan berakhir juga apabila sampai masanya nanti.

Pembinaan dewan masyarakat RM35 juta di Pagoh cetus persoalan
Pemeriksaan Astro AWANI mendapati dana itu diperuntukan untuk tiga projek dewan, dan menelan kos pembinaan sebanyak RM35,435,992.00.

MOF kaji tambah baik Belanjawan 2021 - Tengku Zafrul
Kajian tersebut dilakukan susulan pelaksanaan pelbagai jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara ketika ini.

Kerajaan terus laksana langkah-langkah dalam Belanjawan 2021 - Tengku Zafrul
Kerajaan akan terus melaksanakan langkah-langkah dalam Belanjawan 2021 bagi memastikan Malaysia kekal di atas landasan pemulihan pada tahun ini.

Tempoh PKP jika dilaksanakan semula tidak perlu terlalu lama - Pakar
Kerajaan perlu memperhalusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri sahaja dan bukan seluruh negara.

Mencari keseimbangan di antara ekonomi dan kesihatan awam
Ketika kes COVID-19 terus melonjak dengan drastik di negara ini, setiap orang berada dalam keadaan yang pasti berharapkan kepada suatu yang terbaik.

Kerajaan memahami kepentingan FDI - Tengku Zafrul
Malaysia mempunyai tarikan sebagai destinasi untuk perniagaan dalam komuniti global dan kerajaan memahami kepentingan untuk menarik pelaburan.

Kerajaan sekarang tidak boleh digantung harap - Anwar
Kenyataan dibuat Menteri Kewangan melibatkan KWSP, moratorium dan HSR semasa penggulungan Belanjawan 2021 baru-baru ini sukar untuk dipercayai.

RMK-12 perlu jamin ekonomi kalis krisis
Harus memberi tumpuan kepada usaha mempelbagaikan sumber ekonomi berbanding hanya bergantung kepada sektor sedia ada.