SHAH ALAM:Momentum Internet Sdn Bhd menyasarkan 100,000 usahawan tempatan untuk menyertai dan mendigitalisasikan perniagaan mereka di bawah program Roket Pemasaran Momentum (RPM) Tarik 10X Lebih Ramai Pelanggan 2021.

Dengan tema ‘Online-kan bisnes anda’ program itu turut membantu usahawan tempatan yang terjejas pendapatan atau hasil jualan akibat pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pegawai Eksekutif Momentum Internet Sdn Bhd, Najib Asaddok, berkata selain menarik lebih ramai pelanggan melalui pemasaran dalam talian, ia turut memberi tajaan menyertai kelas tersebut sehingga RM10,000.

“Bersempena 2021 ini, dalam usaha membantu  lebih 100,000 usahawan, kami telah melancarkan kelas terbaharu pada bulan Februari nanti. Usahawan yang ingin hadir ke kelas ini tidak perlu melakukan sebarang  pembayaran kerana kami akan menaja mereka untuk hadir dan belajar,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam pada itu, Pengasas Fyzara, Siti Zaharah Ismail, berkata dengan menyertai kelas tersebut, pendapatan dan hasil jualan syarikatnya bertambah kukuh dan stabil.

“Sekarang ini, saya dapat membeli rumah dengan harga di atas RM500 hingga RM800,000. Kalau dahulu bermula daripada rumah flat, kini saya sudah mempunyai tiga premis dan mencapai RM4.5 juta jualan bagi tahun 2020.

“Dahulu saya bekerja seorang, sekarang sudah ada pasukan sendiri dengan lebih 25 hingga 28 orang,” katanya.

Turut menerima impak yang sama, Pengasas Nufiya, Siti Nurhidayah Suhaimi, berkata selain membantu ibu-ibu di luar mencapai pendapatan empat angka, program itu turut mencatat jualan memberangsangkan kepada syarikatnya, iaitu sebanyak RM4 juta.

“Sekiranya saya tidak menyertai program ini, mungkin saya masih seorang suri rumah yang tidak mempunyai pendapatan langsung.

“Dengan ilmu yang sifu Najib berikan, syarikat dapat memenangi Global Halal Excellence Award dan Nona Superwoman Award, ini pencapaian yang luar biasa buat saya dan syarikat,” katanya.

Sementara itu, Najib menambah, usahawan yang menyertai RPM 2021 kali ini juga akan diberikan pendedahan kepada ilmu dan trend pemasaran terkini.

Mereka yang berminat, boleh layari laman sesawang berikut:
*Artikel ini adalah kandungan berbayar.