KUALA LUMPUR: Penganalisis optimis terhadap ekonomi Malaysia yang akan mencatat pertumbuhan lebih baik tahun ini dengan kelemahan dialami pada suku keempat 2021 hanyalah bersifat sementara.
Sebaliknya, impak daripada kejadian banjir yang berlaku akhir tahun lalu dan penggunaan yang lemah akan kembali pulih pada suku pertama ini, menurut CGS-CIMB Research.
Jelasnya, laporan khas yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan kerugian yang dialami akibat banjir mencecah RM6.1 bilion, atau 0.4% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Jika ini benar, katanya, maka KDNK suku pertama 2022 mungkin tidak begitu suram, kerana kerugian tersebut boleh diimbangi dengan pembinaan semula ekonomi pasca bencana serta penyambungan semula permintaan terpendam secara keseluruhan.
"Di samping itu, pemberian subsidi makanan ruji dan bahan api oleh kerajaan pada suku pertama 2021 seharusnya mengurangkan tekanan inflasi yang semakin meningkat dan memastikan pertumbuhan penggunaan tidak terganggu.
"Bagaimanapun, risiko peningkatan bilangan kes Omicron menimbulkan sedikit kelemahan kepada kami setakat ini," katanya dalam nota kajian hari ini.
Secara keseluruhan CGS-CIMB mengekalkan unjuran KDNK tahun ini pada 5.6% dengan pertumbuhan suku pertama sebanyak 5.1%.
Dari segi dasar monetari, ia melihat suku keempat 2021 yang suram sebagai hanya tempoh sementara dan tidak akan menjejaskan trajektori penggunaan swasta setakat ini.
"Oleh itu, kami mengekalkan jangkaan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan menaikkan 2 kali kadar dasar semalaman (OPR) dengan 25 mata asas pada separuh kedua tahun ini," tambahnya.
Pada suku keempat 2021, ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 3.6% apabila kegiatan ekonomi disambung semula berikutan pelonggaran langkah-langkah pembendungan.
Berikutan pertumbuhan yang kembali kukuh pada suku berkenaan, menyaksikan KDNK 2021 meningkat sebanyak 3.1% secara keseluruhan manakala kadar pengangguran menurun kepada 4.6%.
Kegiatan ekonomi yang kembali pulih dibantu oleh pemulihan pasaran pekerja serta sokongan dasar yang berterusan.
Sementara itu, MIDF Research berkata, ekonomi Malaysia kembali pulih dengan pertumbuhan 3.1% pada 2021 selepas mengalami kemerosotan paling teruk sejak Krisis Kewangan Global pada 2020 yang menguncup -5.6%.
"Keseluruhan tahun juga adalah lebih rendah daripada jangkaan kami pada 3.7% disebabkan pertumbuhan suku keempat yang lebih rendah daripada jangkaan.
"Namun, perkembangan pantas Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan Pelan Pemulihan Negara telah mempercepatkan pembukaan semula sektor ekonomi," jelasnya.
Firma itu bagaimanapun mengekalkan prospek pertumbuhan ekonomi yang lebih baik tahun ini pada 6% kerana pemulihan tahun lalu telah terjejas terutamanya penyebaran varian Delta dan penguatkuasaan sekatan penuh.
Katanya, perbelanjaan domestik dijangka meningkat, yang mendapat manfaat daripada pembukaan semula ekonomi dan pasaran pekerjaan yang bertambah baik.
"Perniagaan juga akan mengembangkan pengeluaran disokong permintaan yang meningkat. Pada masa sama, eksport akan terus meningkat terutama permintaan bagi produk elektrik dan elektronik (E&E), minyak sawit dan petroleum.
"Walaupun pandemik COVID-19 yang berterusan kekal sebagai risiko penurunan, tetapi kami berpendapat kerajaan tidak akan melaksanakan semula sekatan yang ketat di sebalik lonjakan semula jangkitan akibat varian Omicron," jelasnya.
Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research berkata pula menjangkakan momentum pertumbuhan positif akan berterusan sepanjang tahun ini memandangkan aktiviti ekonomi kembali normal.
Di sebalik ketidaktentuan akibat gangguan rantaian bekalan dan kekurangan bahan mentah dalam pengeluaran pembuatan, tetapi sektor tersebut masih diunjur menyokong pertumbuhan KDNK beserta pemulihan dalam sektor perkhidmatan di tengah-tengah pasaran buruh yang semakin baik dan pembukaan semula sempadan antarabangsa tanpa kuarantin wajib.
"Meskipun kewujudan wabak ini masih menyelubungi prospek ekonomi, tetapi pelancaran dos penggalak yang pantas dan kapasiti penjagaan kesihatan masih kekal terurus, dapat memberi sedikit penangguhan.
"Sehubungan itu, kami mengekalkan unjuran KDNK tahun ini pada 5.5% dengan kenaikan OPR pada 25 mata asas pada suku keempat 2022 apabila ekonomi domestik semakin kukuh," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Mon Feb 14 2022
Ekonomi Malaysia kembali pulih dengan pertumbuhan 3.1% pada 2021 selepas mengalami kemerosotan paling teruk sejak Krisis Kewangan Global pada 2020 yang menguncup -5.6%. - Gambar hiasan
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
Indeks Pengeluaran Perindustrian Januari 2024 pulih pada 4.3 peratus - Perangkaan
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia pulih kepada 4.3 peratus pada Januari 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Malaysia yakin raih pertumbuhan positif, elak kemelesetan tahun ini - Tengku Zafrul
"BNM, IMF dan Bank Dunia telah mengunjurkan Malaysia untuk terus meraih pertumbuhan ekonomi positif dalam julat tiga hingga lima peratus."
Ekonomi Malaysia bukan dalam krisis - Gabenor BNM
Ekonomi Malaysia tidak berada dalam krisis dan trajektori pertumbuhannya kekal positif, tetapi perlu melakukan pembaharuan untuk menjadikan negara yang ekonominya berasaskan inovasi.
Momentum pertumbuhan positif akan berterusan sepanjang 2022 - Penganalisis
Laporan khas Jabatan Perangkaan menunjukkan kerugian yang dialami akibat banjir mencecah RM6.1 bilion.
Dagangan luar Malaysia terus meningkat pada Ogos - MITI
Pertumbuhan eksport pada bulan ini telah disumbangkan oleh permintaan luar yang kukuh bagi keluaran petroleum, barangan elektrik dan elektronik (E&E).
Ekonomi Malaysia dijangka pulih pada 2021 susulan pelancaran program vaksin - Bank Dunia
Pemberian vaksin sebahagian besarnya boleh diselesaikan pada 2021 di kebanyakan negara, yang dijangka membawa kepada pemulihan ekonomi.
Proton meneruskan prestasi baik - Firma penyelidikan
MIDF Research berkata syarikat itu mencatat pertumbuhan enam peratus dalam Jumlah Volum Industri (TIV) y-o-y berikutan kereta kebangsaan itu kini mencatatkan prestasi baik dalam industri.