awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Moody's Analytics unjur ekonomi Malaysia meningkat semula pada suku keempat

Bernama
Bernama
15/11/2021
07:13 MYT
Moody's Analytics unjur ekonomi Malaysia meningkat semula pada suku keempat
Bajet 2022 yang membabitkan peruntukan besar, akan turut membantu dari segi menampung pemulihan ekonomi dalam tempoh pasca-pandemik COVID-19. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi suku keempat dijangka meningkat semula berdasarkan data prestasi eksport yang kukuh selain peningkatan penggunaan swasta susulan pembukaan sempadan, kata Moody's Analytics.
Ia juga menyifatkan Bajet 2022 yang membabitkan peruntukan besar, akan turut membantu dari segi menampung pemulihan ekonomi dalam tempoh pasca-pandemik COVID-19.
"Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga Malaysia menguncup 3.6 peratus yang lebih rendah daripada jangkaan awal pasaran.
"Angka terbaharu ini merupakan penguncupan suku kedua berturut-turut dengan langkah sekatan pergerakan menjejaskan lagi keadaan perlahan daripada suku kedua," katanya dalam Prebiu Ekonomi Asia Pasifik bagi tempoh 15-19 Nov, 2021.
Menurut Moody's Analytics, pertumbuhan bagi suku September itu telah diheret turun oleh kawalan pergerakan COVID-19 yang ketat susulan penularan kes membabitkan varian Delta COVID-19.
"Penggunaan domestik yang merupakan dua pertiga daripada KDNK, telah terjejas akibat langkah pembendungan yang menyebabkan perniagaan tidak penting ditutup selain mengehadkan aktiviti sosial dan membabitkan kegiatan makan di restoran atau luar.
"Jualan runcit juga susut dari segi tahun ke tahun sejak Jun lepas walaupun kami menjangkakan perbelanjaan kembali ketara menjelang musim cuti akhir tahun ini," katanya.
Moody's Analytics juga mengunjurkan eksport Malaysia dapat menampung sebahagian daripada penurunan yang dialami oleh ekonomi domestik.
Bagaimanapun, katanya, peningkatan import yang ketara sebanyak 11.7 peratus tahun ke tahun (berbanding peningkatan 5.1 peratus dalam eksport) telah menyebabkan penurunan eksport bersih secara menyeluruh.
"Namun, prospek ekonomi masih cerah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Malaysia
#Moody's
#bajet 2022
#eksport
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan