Berikutan harga komoditi terus menyusut, industri minyak dan gas (O&G) akan mengurangkan perbelanjaan modal dan melaksanakan belanjawan yang lebih kecil pada 2016, kata Moody's Investors Service.
Pengarah Urusannya Steven Wood berkata bekalan berlebihan akan terus mengheret turun harga komoditi tahun ini dalam pasaran minyak global dan gas asli US.
"Selain itu, potensi penarikan balik sekatan ke atas Iran mungkin menambah lagi bekalan dalam pasaran pada 2016, mengimbangi sebarang penurunan dalam pengeluaran US," katanya dalam nota kajiannya hari ini.
Harga komoditi yang rendah juga menjurus kepada penyusutan aliran tunai dan kecairan, menjejaskan keanjalan kewangan syarikat O&G, yang terdedah kepada spekulasi, yang kini terhad.
Malah, syarikat bergred pelaburan besar dan pelbagai juga bergelut dengan keanjalan kewangan yang semakin mengecil serta peningkatan leveraj kewangan.
Agensi penarafan kredit itu menjangkakan perbelanjaan modal huluran akan merosot sekurang-kurangnya 20 peratus hingga 25 peratus, menjadikan industri penggerudian dan perkhidmatan medan minyak paling tertekan pada 2016.
"Syarikat minyak negara dan bersepadu akan mengurangkan perbelanajan modal dan sekali gus menurunkan belanjawan modal pada 2016. Namun, syarikat perkhidmatan medan minyak dan penggerudian khususnya akan memberi penekanan ke atas pengurangan kos selari dengan pengurangan yang pelahan," kata Moody's.
Menurut laporan bertajuk "Global: Persistent Weak Prices in 2016 Rein in Capital Spending, Heighten Financing Risk", Moody's berkata sektor O&G secara keseluruhannya dijangka menyaksikan tekanan dan keingkaran yang semakin tinggi tahun ini.
Bernama
Tue Jan 05 2016

Sektor O&G secara keseluruhannya dijangka menyaksikan tekanan dan keingkaran yang semakin tinggi tahun ini- Foto EPA
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023] AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016610/22918272291680309488114_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023]
Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama GG Ahmad dan Siti Syazwani. Antara fokus AWANI - Ab Rauf sah Ketua Menteri Melaka ke-13. - PM Anwar antara pemimpin terawal bertemu Xi Jinping. - "Penduduk Ipoh tidak begitu bahagia" - Laporan Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2022.

3 melecur, seorang sesak nafas, rumah panjang 33 pintu terbakar
Insiden berlaku di Rumah Peter Igoh, di Nanga Mujan, Skrang di Betong.

Public Mutual isytihar pengagihan lebih daripada RM147 juta bagi 10 dana
Public Mutual muncul pemenang terbesar pada anugerah Refinitiv Lipper Fund Awards 2023 baru-baru ini, merangkul 19 anugerah dana individu.

Rauf akan teruskan agenda pembangunan negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh beri komitmen untuk teruskan agenda pembangunan negeri.

Puting beliung dahsyat melanda Little Rock
Puting beliung melanda Little Rock dan kawasan sekitarnya pada Jumaat, menerbangkan serpihan bumbung kenderaan di jalan raya.

Hannah Yeoh jumpa Zii Jia minggu depan
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia pada minggu depan.

JAIPs panggil Ustaz Wadi beri keterangan mengajar tanpa tauliah
Pendakwah itu didakwa mengajar tanpa tauliah di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kangar, pada Khamis.

Lebih 81 hektar hutan terbakar di Thailand
Ratusan anggota bomba dan askar di Thailand sedang bertungkus-lumus memadam kebakaran hutan yang terletak kurang 100 kilometer (km) dari ibu negara, Bangkok.

Biden ikrar akan beri bantuan sehingga pulih
Presiden Joe Biden berikrar bahawa Kerajaan Persekutuan akan memastikan kawasan yang musnah akibat puting beliung kembali pulih.

Ribut pasir melanda Baghdad
Ribut pasir yang kuat melanda Baghdad, iraq pada Jumaat, mengurangkan jarak penglihatan bagi penduduk yang tinggal di ibu kota.

Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 30 Mac hingga 5 April
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 30 Mac hingga 5 April.

Krisis perbankan mungkin jejaskan harga minyak sawit mentah - Maybank IB
Ini kerana dolar AS adalah mata wang dominan dalam pasaran pertukaran asing global, dengan hampir 90 peratus bahagian pasaran.

Syarikat minyak dan gas dijangka raih keuntungan tinggi pada 2023 dan seterusnya - Ahli Ekonomi
Menurut Shan, pasaran minyak bergerak antara landskap geopolitik dan ekonomi geostrategik yang sangat berbeza daripada 2008.

Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 23-29 Mac
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 23 hingga 29 Mac.

Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 16-22 Mac
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 16 hingga 22 Mac.

Pembayaran dividen kepada kerajaan bergantung kemampuan - Petronas
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengumumkan bahawa pembayaran dividen kepada kerajaan akan diputuskan berdasarkan kemampuannya.

Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 9-15 Mac
MOF dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga RON97 kekal pada RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).

Harga runcit minyak masak tulen kemasan botol kekal - KPDN
Harga runcit maksimum minyak masak sawit tulen kemasan botol kekal bagi tempoh 8 Mac hingga 7 April ini, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Keuntungan bersih FGV naik kepada RM1.32 bln untuk tahun kewangan 2022
Peningkatan disebabkan harga purata minyak sawit mentah yang lebih tinggi dan sumbangan lebih baik daripada logistik perniagaannya.

Harga petrol, diesel kekal dari 23 Feb - 1 Mac
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 23 Feb hingga 1 Mac.