Letupan di masjid Homs ragut tiga nyawa, lima cedera

Letupan dilaporkan berlaku di Masjid Imam Ali bin Abi Talib yang terletak di kejiranan Wadi al-Dahab, sebuah kawasan dikuasai kerajaan di tengah bandar Homs. -Foto Reuters
DAMSYIK: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh manakala lima lagi cedera dalam kejadian letupan di sebuah masjid di bandar Homs, Syria, sejurus selepas solat Jumaat, menurut laporan media rasmi negara itu.
Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan lima cedera dalam letupan di Masjid Imam Ali bin Abi Talib di Homs, Syria selepas solat Jumaat.
- Pasukan keselamatan Syria sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca letupan; letupan disyaki berpunca daripada serangan bunuh diri atau bahan letupan yang diletakkan di lokasi.
- Homs, kawasan yang pernah terlibat konflik, kini dikuasai oleh kerajaan Syria tetapi masih menghadapi ancaman keselamatan; pihak berkuasa menyeru orang ramai agar mengelakkan kawasan kejadian sementara siasatan dilakukan.
Menurut pegawai tempatan yang dipetik Reuters, letupan dipercayai berpunca daripada serangan bunuh diri atau bahan letupan yang diletakkan di lokasi berkenaan.
Bagaimanapun, tiada pihak setakat ini mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.
Pasukan kecemasan dikerahkan ke lokasi bagi membantu mangsa dan mengawal keadaan. Mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.
Homs, yang pernah menjadi antara pusat utama konflik, kini berada di bawah kawalan kerajaan Syria tetapi masih berdepan ancaman keselamatan daripada saki-baki kumpulan bersenjata.
Pihak berkuasa Syria menyeru orang ramai agar tidak mendekati kawasan kejadian sementara siasatan dijalankan dan keselamatan dipertingkatkan di sekitar lokasi.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah bilangan orang yang terbunuh dalam kejadian letupan di Masjid Imam Ali bin Abi Talib, Homs, Syria? A: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dalam kejadian letupan tersebut.
- Q: Apakah kawasan di mana letupan berlaku di Homs, Syria? A: Letupan berlaku di kejiranan Wadi al-Dahab, sebuah kawasan dikuasai kerajaan di tengah bandar Homs.
- Q: Apakah punca yang dipercayai menyebabkan letupan berlaku di masjid tersebut? A: Letupan dipercayai berpunca daripada serangan bunuh diri atau bahan letupan yang diletakkan di lokasi berkenaan.
- Q: Siapakah yang dilaporkan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca insiden letupan di masjid? A: Pasukan keselamatan negara Syria dilaporkan sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca insiden tersebut.
- Q: Apakah tindakan yang diambil pihak berkuasa selepas kejadian letupan berlaku? A: Pasukan kecemasan telah dikerahkan ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa, manakala keselamatan di sekitar lokasi dipertingkatkan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

