awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Moody's semak semula kenaikan harga minyak jangka sederhana kepada AS$50-AS$70 setong

Bernama
Bernama
07/10/2021
22:16 MYT
Moody's semak semula kenaikan harga minyak jangka sederhana kepada AS$50-AS$70 setong
Moody's Investors Service telah menyemak semula kenaikan harga minyak jangka sederhana hingga US$50-US$70 (US$=RM4.18) setong yang mencerminkan jangkaan kenaikan kos pengeluaran yang berterusan seiring dengan pemulihan dalam permintaan. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Moody's Investors Service telah menyemak semula kenaikan harga minyak jangka sederhana hingga US$50-US$70 (US$=RM4.18) setong yang mencerminkan jangkaan kenaikan kos pengeluaran yang berterusan seiring dengan pemulihan dalam permintaan.
"Kami kini kembali kepada harga jangka sederhana yang kami alami sebelum pandemik COVID-19," kata Naib Presiden Kanan Elena Nadtotchi dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata agensi penarafan kredit juga menjangkakan bekalan yang terhad akan terus menyokong momentum harga minyak yang kukuh.
Nadtotchi berkata, sektor tenaga huluan akan terus melabur di bawah tahap pra-pandemik walaupun terdapat perubahan yang ketara terhadap harga minyak dan gas asli pada 2021.
Beliau berkata perbelanjaan sektor huluan hanya meningkat sedikit setelah penurunan yang mendadak sebanyak 30 peratus pada 2020.
"Pengeluar masih merancang untuk melabur secara konservatif pada 2022 tetapi kami menjangkakan pertumbuhan perbelanjaan yang sederhana berikutan harga komoditi yang tinggi," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Sajjad Alam berkata analisis menunjukkan bahawa syarikat huluan perlu meningkatkan perbelanjaan mereka secara besar-besaran bagi jangka masa sederhana untuk menggantikan simpanan sepenuhnya dan mengelakkan penurunan dalam pengeluaran pada masa depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga minyak
#Moody's Investors Service
#Elena Nadtotchi
#agensi penarafan kredit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan