awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta

Bernama
Bernama
02/02/2026
15:00 MYT
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
Lim berkata kejayaan itu melibatkan pelbagai operasi termasuk Op Taring Alpha, Bravo, Charlie, Chiller, Batas/Awas dan Libas yang bermula pada 15 hingga 31 Jan. - Gambar PGA Briged Sarawak
KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merekodkan 23 kejayaan operasi di seluruh negeri itu dalam tempoh dua minggu lepas dengan jumlah nilai rampasan berjumlah RM35.31 juta.

Ringkasan AI
  • PGA Briged Sarawak merekodkan 23 kejayaan operasi dalam tempoh dua minggu lepas dengan nilai rampasan RM35.31 juta.
  • Rampasan termasuk produk sejuk beku, rokok, minuman keras, barang kawalan asas, kayu balak, mercun, dan bunga api.
  • Tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada agensi penguat kuasa berkaitan untuk tindakan lanjut bagi membanteras aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.

Komander Briged Sarawak SAC Lim Bak Phai berkata kejayaan itu melibatkan pelbagai operasi termasuk Op Taring Alpha, Bravo, Charlie, Chiller, Batas/Awas dan Libas yang bermula pada 15 hingga 31 Jan.
Beliau berkata sepanjang tempoh itu, PGA Sarawak berjaya merampas produk sejuk beku tanpa permit bernilai RM25.01 juta, selain rokok dan minuman keras tidak bercukai bernilai RM5.79 juta.
"Operasi yang dijalankan turut melibatkan rampasan barang kawalan dan keperluan asas bernilai RM1.17 juta termasuk bawang putih, gula, tong gas petroleum cecair (LPG) dan beras.
"PGA juga menumpaskan aktiviti pembalakan haram dengan rampasan kayu balak bernilai RM425,000, serta merampas mercun dan bunga api tanpa permit bernilai RM2.21 juta. Kenderaan dan peralatan digunakan bagi kegiatan itu turut disita untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Lim berkata kesemua tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada agensi penguat kuasa berkaitan untuk tindakan lanjut.
"Briged Sarawak akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#minuman keras
#sejuk beku
#Pasukan Gerakan Am
#nilai rampasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan