KUALA LUMPUR: Sejumlah 2.6 juta peminjam bank diluluskan permohonan moratorium mereka menerusi tiga Pakej Rangsangan Ekonomi meliputi PRIHATIN, PEMERKASA Tambahan dan PEMULIH.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata nilai pinjaman terkumpul moratorium dianggar berjumlah RM452.5 bilion.
Jelasnya, daripada jumlah itu RM101.4 bilion melibatkan pinjaman Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM351.1 bilion melibatkan peminjam individu.
"Seramai 2.6 juta peminjam telah menikmati kemudahan ini, yang terdiri daripada 2.5 juta peminjam individu dan 81,100 PKS.
"Kadar kelulusan bantuan moratorium kepada peminjam adalah 99 peratus sejak Julai 2021," memetik jawapan bertulis yang dikemukakan di Dewan Rakyat bertarikh 29 September 2021.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang meminta yang ingin tahu peratus peminjam bank yang telah diluluskan permohonan dan nilai keseluruhan yang terlibat dalam pelaksanaan moratorium di bawah Pakej PEMULIH serta sama ada terdapat aduan daripada peminjam yang telah ditolak permohonan moratorium oleh bank.
Menjawab soalan tersebut, Tengku Zafrul berkata peminjam yang menghadapi kesukaran semasa berurusan dengan pihak bank atau permohonan bantuan bayaran balik pinjaman ditolak, mereka boleh menghubungi Bank Negara Malaysia secara terus melalui BNM TELELINK.
"Sebagai makluman, jumlah aduan yang diterima melalui BNM TELELINK adalah pada kadar yang agak rendah sepanjang tempoh PEMULIH (antara Jun hingga Ogos 2021), iaitu 0.46 peratus daripada jumlah permohonan yang diluluskan," katanya.
Jelasnya, permohonan masih dibuka kepada peminjam yang memerlukan dan hanya perlu menghubungi bank masing-masing.
Astro Awani
Tue Dec 21 2021

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata nilai pinjaman terkumpul moratorium dianggar berjumlah RM452.5 bilion. - fotoBERNAMA

Kerjasama Politik | Ketepikan perbezaan, bentuk semula negara – Muhyiddin
Parti-parti politik di negara ini diharap dapat mengenepikan perbezaan dan menjalinkan kerjasama demi membentuk semula negara di masa depan. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, situasi negara ketika ini tidak begitu baik dan ia perlu ditangani dalam konteks yang besar, antaranya adalah melalui kestabilan politik.

Lee Zii Jia ke final Terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia mengesahkan slot ke final Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menundukkan rakan senegara Liew Daren.

Vaksin COVID-19 | MAIS tetap tamatkan kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka berhubung penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) akibat menolak vaksin COVID-19.

Suara Rakyat | Pemansuhan AP manfaatkan peniaga kecil, masyarakat
Langkah kerajaan memansuhkan permit import (AP) terhadap bahan makanan dapat memberi manfaat terus kepada peniaga kecil dan pengguna. Antara manfaat yang boleh diharapkan mereka ialah harga barangan yang lebih stabil di samping pengguna mempunyai lebih banyak pilihan.

Pemansuhan AP | Pastikan pengusaha tempatan tidak terjejas – MPN
Kerajaan perlu memastikan pengusaha sektor makanan dan pertanian tempatan tidak terjejas dengan pemansuhan keperluan permit import (AP). Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan perlu berhati-hati dengan perubahan dasar yang diputuskan supaya tidak memberi kesan negatif kepada golongan tersebut.

10 Berita Pilihan - (21 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Status bekalan ayam di Selangor dimaklumkan Isnin ini
Kerajaan negeri Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung isu bekalan ayam yang didakwa tidak mencukupi sejak kebelakangan ini, pada Isnin (23 Mei).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Mei 2022.

PM Ismail Sabri hadir rumah terbuka Tentera Darat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tentera Darat Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi, malam ini.

Anugerah Solidariti | Dua wartawan Astro AWANI antara pemenang
Anugerah Solidariti Media kembali tahun ini bersempena dengan sambutan Hari Kebebasan Media Sedunia 2022. Acara tahunan itu menyaksikan dua wartawan Astro AWANI turut dipilih sebagai pemenang.

"Eh, ingat masih moratorium..." antara alasan tidak perbaharui lesen, cukai jalan
Pengguna jalan raya diingatkan sentiasa memeriksa lesen memandu lebih-lebih lagi menjelang tarikh ulang tahun kelahiran.

Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul
Cadangan pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini akan dikemukakan kepada institusi perbankan.

Petisyen henti pembalakan: ABIM gesa kerajaan, pihak terlibat bertindak segera
ABIM menegaskan bencana yang berlaku di luar jangka ini punya perkaitan rapat dengan situasi perubahan iklim yang berlaku.

Co-opbank Pertama tawar moratorium untuk mangsa banjir
Permohonan moratorium bencana banjir boleh dibuat oleh pelanggan yang terjejas secara dalam talian.

MUDA akan lancar Bantuan Bangkit, sasar keperluan pascabanjir - Syed Saddiq
Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, bantuan tersebut merangkumi bantuan kewangan serta peralatan termasuk untuk pelajar sekolah dan mahasiswa.

Banjir: PTPTN bincang dengan KPT dan MoF beri moratorium bersasar - Wan Saiful
PTPTN juga telah diarahkan agar mempermudahkan urusan penyusunan semula bayaran bagi peminjam yang terkesan.

Inisiatif bantuan tambahan ringankan beban mangsa banjir - PM
Ini merupakan lanjutan daripada bantuan kerajaan yang sudah diumumkan sebelum ini.

Moratorium: 2.6 juta peminjam, nilai keseluruhan RM452.5 bil diluluskan
Sejumlah 2.6 juta peminjam bank diluluskan permohonan moratorium mereka menerusi tiga Pakej Rangsangan Ekonomi meliputi PRIHATIN, PEMERKASA Tambahan dan PEMULIH.

Mangsa terjejas banjir perlu diberi moratorium penuh
Kerajaan melalui Kementerian Kewangan perlu sediakan pemberian moratorium untuk pastikan kumpulan itu tidak terbeban masalah kewangan.

URUS: Lanjutan bantuan bayaran balik sehingga 2 tahun bagi B50 - PM
Peminjam bagi kategori B50 di bawah Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) dapat menikmati lanjutan bantuan bayaran balik sehingga dua tahun lagi.