KUALA LUMPUR: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kini bekerjasama bagi mengkaji penggunaan minyak masak terpakai dan sisa minyak sawit sebagai bahan mentah dalam pengeluaran biobahan api penerbangan mampan (SAF) di negara ini.
Kedua-dua pihak terbabit telah memeterai memorandum persefahaman pada 14 Ogos, 2023, bagi meninjau potensi tersebut.
Dalam kenyataan pada Rabu, MPOB berkata kajian tersebut juga sejajar dengan Dasar Tenaga Negara 2022-2040 untuk mengurangkan pelepasan karbon selain menjadikan sektor tenaga sebagai pemangkin pembangunan sosioekonomi negara.
Ketua Pengarah MPOB Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata usaha pengeluaran SAF dengan mengitar semula minyak masak terpakai dan bahan buangan sawit juga amat bertepatan dengan salah satu konsep Ekonomi MADANI yang menggalakkan pertumbuhan Teknologi Hijau.
"Industri sawit adalah contoh kejayaan ekonomi kitaran yang berkonsepkan penghapusan bahan buangan, pengitaran semula produk dan pelestarian alam sekitar," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata MPOB dan Petronas akan bekerjasama membangunkan rangka kerja termasuk kebolehkesanan minyak masak terpakai dan sisa bahan buangan sawit selain mengatur strategi komunikasi, pendidikan dan kesedaran umum mengenai kepentingan penggunaan minyak masak terpakai dan sisa buangan sawit.
Dalam rantaian industri sawit, bahan buangan seperti batang dan pelepah sawit diproses sebagai papan komposit dan makanan ternakan manakala tandan kosong untuk menghasilkan serat bagi pelbagai kegunaan, efluen kilang minyak sawit bagi penghasilan baja dan ekstrak fenolik selain minyak keladak bagi penghasilan biodiesel.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 16 2023
MPOB berkata kajian tersebut juga sejajar dengan Dasar Tenaga Negara 2022-2040 untuk mengurangkan pelepasan karbon. - Foto fail/BERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: Ramasamy perlu bertanggungjawab jika pengundi pilih pemimpin tidak tepat - Ramanan
Jika kempen tolak undi PH itu berjaya, Ramasamy perlu berdepan penduduk Kuala Kubu Baharu sekiranya timbul masalah pada masa hadapan.
Jiwa SME: Permintaan daun moringa meningkat, jadi tumpuan luar negara
Berdasarkan laporan Vodus Market Research, sebuah firma penyelidikan dan analisis data pasaran dalam talian, kira-kira 71 peratus penduduk di negara ini mengambil suplemen pada 2021.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Mesej itu disampaikan menerusi perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad.
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden bercakap dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Ahad.
Tiga perkara perlu dilakukan bagi elak kemusnahan di Gaza
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyuarakan tiga perkara yang perlu diberikan pertimbangan masyarakat dunia dan mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka termasuk ahli penuh Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Beliau berkata demikian di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh hari ini.
Delegasi Hamas ke Kaherah bincang gencatan senjata
Satu delegasi Hamas akan melawat Kaherah untuk rundingan yang bertujuan untuk mendapatkan gencatan senjata, pada Isnin.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Pusingan konflik Palestin-Israel yang bermula pada Oktober 2023 telah meninggalkan kira-kira 37 juta tan serpihan runtuhan di Semenanjung Gaza.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
World Central Kitchen (WCK) menyambung semula operasi di Semenanjung Gaza, pada Isnin.
Protes di universiti A.S tidak tunjuk tanda perlahan
Protes di universiti Amerika Syarikat tidak menunjukkan tanda perlahan pada hujung minggu dengan lebih banyak tangkapan di kampus dan pertempuran singkat antara penunjuk perasaan pro-Israel dan pro-Palestin di UCLA California.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Kerajaan baharu Argentina harap projek LNG dengan Petronas akan diteruskan - Mondino
Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.
Lewis Hamilton buat kejutan muncul di SMK Seri Keramat
Penampilan khas Lewis Hamilton di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat berjaya menarik perhatian netizen.
Pendapatan 2023 Petronas turun kepada RM343.6 bilion, seiring syarikat O&G global
Tengku Muhammad Taufik berkata, Petronas mencatatkan prestasi yang berdaya tahan bagi tahun 2023, biarpun dalam persekitaran yang tidak menentu.
Petronas keluarkan amaran scam pelaburan palsu guna nama CEO, syarikat tanpa kebenaran
Petronas berkata ia mengambil maklum mengenai satu penipuan pelaburan melibatkan penggunaan tanpa izin bagi nama dan logo syarikat.
Kami akan teruskan legasi Tun Taib Mahmud - Premier Sarawak
Allahyarham telah memberi sumbangan yang amat besar, malah beliau merupakan seorang daripada arkitek dalam penubuhan Petronas.
Cadangan loji jana kuasa di Labuan masih di peringkat awal - Petronas
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berkata cadangan pembinaan loji jana kuasa baharu di Labuan masih di peringkat awal.
Tiada perbincangan kembali anjur F1 di Malaysia - Petronas
Petroliam Nasional Bhd atau PETRONAS menafikan sebarang perbincangan untuk menganjurkan semula Formula 1 (F1) di Malaysia.
Polis tumpas sindiket seleweng diesel Petronas, 27 ditahan
Polis berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan diesel Petronas melibatkan pembekalan kepada kapal-kapal marin yang beroperasi dengan syarikat minyak dan gas negara itu.
Pelbagai peluang pelaburan hijau dijangka dapat diwujudkan di Malaysia - PM Anwar
Pelbagai peluang pelaburan hijau dan teknologi baharu dijangka dapat diwujudkan di Malaysia susulan komitmen tinggi diberikan kerajaan dalam usaha peralihan tenaga.
Pahang terima sumbangan pakej prihatin Yayasan Petronas
Kerajaan Negeri Pahang menerima sumbangan pakej prihatin berjumlah RM450,000 daripada Yayasan Petronas untuk diagihkan kepada mangsa banjir.