KUALA LUMPUR: Syarikat perkakasan rumah terbesar negara, MR D.I.Y. Group (M) Berhad tidak akan menaikkan harga untuk tiga jenamanya iaitu MR. D.I.Y., MR. TOY dan MR. DOLLAR hingga 31 Mac 2022.
Ketua Pemasaran MR D.I.Y., Alex Goh berkata, langkah itu diambil sebagai usaha untuk membantu rakyat Malaysia untuk terus berjimat dalam suasana pandemik ini dan ia adalah selaras dengan komitmen syarikat untuk membekalkan barangan pada harga berpatutan.
Beliau memberitahu, pandemik COVID-19 telah menjejaskan rantaian pemasaran global menjadikan kos pembuatan, pengangkutan dan barangan runcit meningkat menyebabkan ramai peniaga terpaksa menaikkan harga jualan mereka.
"Bagaimanapun, MR D.I.Y nekad untuk memastikan harga barangan stabil agar para pembeli tidak terkesan.
“Kami memanfaatkan hubungan terus dengan kilang pengeluar, sistem logistik kami yang sedia ada serta keputusan data analitik untuk memastikan kami sentiasa memberikan yang terbaik pada kadar harga yang berpatutan.
"Kami berharap dengan komitmen kami untuk tidak menaikkan harga barangan dapat membantu mengurangkan beban rakyat di negara ini," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Alex berkata, MR D.I.Y. Group juga cekap dalam memastikan stok sentoasa mencukupi di setiap cawangan termasuk barangan pembersihan yang diperlukan mereka yang terlibat dengan bencana banjir serta alatan persekolahan bersempena pembukaan sesi persekolahan, minggu hadapan.
"November tahun lalu kami turut mengumumkan pelancaran set ujian kendiri COVID-19 yang diluluskan kerajaan untuk kegunaan masyarakat.
"Pelanggan juga boleh mendapatkan lebih 18,000 barangan keperluan harian di cawangan MR. D.I.Y selain barangan keperluan rumah pada harga tetap RM2 atau RM5 di kedai MR. DOLLAR dan permainan kanak-kanak dengan harga berpatutan di MR. TOY," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Sat Jan 08 2022
MR D.I.Y. Group (M) Berhad tidak akan menaikkan harga untuk tiga jenamanya iaitu MR. D.I.Y., MR. TOY dan MR. DOLLAR hingga 31 Mac 2022. -Dagang News
Kenaikan gaji penjawat awam tidak harus didebatkan - Sim
Kerajaan menghargai semua golongan pekerja dan ia terbukti menerusi semakan semula kadar gaji minimum melalui Dasar Gaji Progresif.
PRK KKB: Bukan kali pertama BN berkempen untuk calon wakili Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN dan PH pernah bersama dalam beberapa siri PRK sebelum ini termasuk Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor dan terbaharu di DUN Kuala Kubu Baharu.
Kerajaan juga perlu tangani jurang pencen veteran tentera - RAFOC
Kenaikan gaji kakitangan awam adalah langkah positif, tetapi penting juga bagi kerajaan untuk menangani jurang pencen yang dihadapi veteran.
Kumpulan kedua petugas haji, 14 pengamal media berlepas ke Arab Saudi hari ini
Dua editor Astro AWANI, Azlinariah Abdullah dan Azlinda Md Salim antara pengamal media yang akan mengadakan liputan haji tahun ini.
Keterangkuman kewangan lonjakkan ekonomi digital, tanpa tunai
Pengarah Eksekutif Kiple, Norhizam Abdul Kadir dalam perbincangan dalam usaha menggalakkan pembangunan ekonomi, pengurangan kemiskinan, dan kesaksamaan sosial dengan menyediakan peluang kepada orang ramai untuk membina aset, menguruskan risiko, dan meningkatkan kesejahteraan kewangan, tanpa mengira tahap pendapatan, lokasi, jantina, umur, atau ciri-ciri lain.
Borussia Dortmund buat PSG terkedu
Penyerang itu mengawal bola dengan sempurna sebelum melakukan rembatan rendah melepasi penjaga gol Gianluigi Donnarumma pada minit ke-36.
AWANI Pagi: Perkhidmatan Awam: Gaji naik, produktiviti meningkat?
Susulan pengumuman Perdana Menteri atas kenaikan gaji penjawat awam.
Ramai yang tertanya-tanya adakah ini menjadi satu motivasi kepada produktiviti perkhidmatan yang semakin bertambah baik.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bagi membincangkan topik ini.
Ramai yang tertanya-tanya adakah ini menjadi satu motivasi kepada produktiviti perkhidmatan yang semakin bertambah baik.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bagi membincangkan topik ini.
Penjawat Awam: Gaji naik, pacu perkhidmatan berkualiti kepada rakyat
Pelarasan gaji penjawat awam itu akan membabitkan peruntukan mencecah lebih RM10 bilion berikutan jumlah kenaikan yang besar dan terbaik dalam sejarah negara. Bagaimana untuk memastikan kenaikan gaji penjawat awam memberi manfaat yang seimbang kepada pengurusan, penyampaian perkhidmatan kerajaan serta ekonomi negara?
ADUN Sungai Bakap stabil, masih di ICU
'YB Abang Zam' masih memerlukan rawatan dan rehat yang cukup serta tidak dibenarkan menerima pelawat buat masa ini.
AWANI Ringkas: Papagomo didakwa hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pembukaan 180 cawangan baharu dijangka pacu pertumbuhan pendapatan Mr DIY
Penganalisis CGS-CIMB Research, Walter Aw berkata, kumpulan menyasarkan untuk membuka 180 cawangan baharu pada 2022 bagi mengakhiri tahun ini dengan 1,080 cawangan.
MR DIY sertai konstituen FBM KLCI menggantikan Supermax
Semua perubahan konstituen akan berkuat kuasa pada 21 Jun 2021 dan kajian seterusnya akan berlangsung menjelang Disember tahun ini.
MR DIY tawar lebih 1,000 pekerjaan di seluruh negara
Dengan lebih 600 kedai di seluruh negara, terdapat kekosongan jawatan untuk diisi oleh rakyat Malaysia yang mempunyai kemahiran berkaitan.