awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tentera Israel roboh bangunan UNRWA di Baitulmuqaddis Timur
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Selangor jadikan pembangunan Islam teras dasar negeri, berpasikan Maqasid Syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MRCB cari penyelesaian secara baik dengan PKNS

Bernama
Bernama
20/06/2013
23:50 MYT
MRCB cari penyelesaian secara baik dengan PKNS
Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) kini mencari 'penyelesaian secara baik' dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berhubung cadangan pengambilalihan 70 peratus kepentingan ekuiti dalam PJ Sentral Sdn Bhd daripada Nusa Gapurna Development Sdn Bhd.
Pengerusi MRCB Tan Sri Azlan Zainol berkata kumpulan itu mahu semuanya berjalan lancar untuk manfaat semua pihak.
"Kami bertindak dengan niat baik. Saya percaya PKNS juga bertindak dengan niat yang baik dan jika kami perlu mencuba dan menyelesaikan masalah ini, kami akan cuba yang terbaik," katanya.
Azlan berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat pemegang saham MRCB di sini, Khamis.
PKNS memfailkan saman untuk menyekat Nusa Gapurna Development daripada penggabungan dengan MRCB yang melibatkan projek PJ Sentral. Ia mempunyai 30 peratus dalam projek itu.
Terdahulu, pada mesyuarat agung luar biasa, pemegang saham MRCB bersetuju penggabungan RM729 juta dengan Nusa Gapurna Development.
Pada Februari, MRCB mengemukakan cadangan pengambilalihan bernilai RM729 juta dilunaskan dalam bentuk saham dan wang tunai.
Topic Berkaitan
#ekuiti
#MRCB
#nusa gapurna
#PKNS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan