Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Januari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Januari 2026.
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Tahun 2026 mula disalurkan melibatkan 5 juta penerima, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memulakan siasatan berhubung dakwaan kesilapan terjemahan titah Yang di‑Pertuan Agong oleh sebuah portal berita susulan laporan orang awam, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim umum pelaksanaan semula sistem penilaian murid sekolah rendah pada peringkat Darjah 4 sebagai sebahagian daripada langkah memperkukuh kualiti pendidikan negara.
Mata pelajaran umum yang merangkumi isu Perlembagaan dan sejarah Malaysia akan dimasukkan ke dalam kurikulum semua universiti awam serta swasta mulai tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua kementerian, jabatan dan institusi pendidikan yang berkaitan agar mengemukakan laporan proses pelaksanaan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 mulai Mac ini.
Semua sekolah di negara ini termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama serta sekolah aliran Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), diwajibkan mengambil subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kementerian Pendidikan Tinggi akan mengambil alih sepenuhnya sistem pendidikan prauniversiti membabitkan Tingkatan 6 dan Matrikulasi bermula tahun depan.
Segala urusan perkahwinan dan perceraian umat Islam perlu dirujuk dan ditangani oleh pihak berautoriti yang sah, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Marhamah Rosli.
Langkah mewajibkan pelajar sekolah pelbagai aliran termasuk yang menduduki Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) mengambil subjek Bahasa Melayu dan Sejarah merupakan langkah awal dan bukan keputusan muktamad bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Walaupun berdepan ketegangan perdagangan dan ketidaktentuan global yang semakin meningkat, ekonomi dunia menunjukkan tahap daya tahan yang lebih kukuh daripada jangkaan, menurut ahli‑ahli ekonomi dalam sesi taklimat ketua ekonomi mengenai unjuran tahun 2026.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


