BUSINESS
MSM rancang hidupkan semula perladangan tebu di Malaysia

Sarawak dan negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia dikenal pasti sesuai untuk perladangan tebu dalam skala lebih besar. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengeluar gula bertapis utama negara, MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) berhasrat memulakan semula perladangan tebu di dalam negara untuk mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada gula mentah import.
Ringkasan AI
- MSM Malaysia Holdings Bhd berhasrat memulakan semula perladangan tebu di Malaysia untuk mengurangkan kebergantungan kepada gula mentah import.
- Sarawak dan negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia dikenal pasti sesuai untuk perladangan tebu dalam skala besar.
- MSM juga sedang meneroka potensi gula alternatif seperti gula nira berasaskan palma untuk memenuhi cita rasa pengguna di rantau Asia Pasifik.
Beliau berkata Sarawak dan negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia dikenal pasti sesuai untuk perladangan tebu dalam skala lebih besar.
MSM pernah mengusahakan seluas kira-kira 4,000 hektar ladang tebu di Chuping, Perlis sejak 1970-an namun kegiatan itu dihentikan kerana skala tersebut tidak ekonomik, katanya.
Syed Feizal berkata di samping itu, syarikat itu juga sedang meneroka potensi gula alternatif seperti gula nira yang berasaskan palma, dalam usaha mengurangkan kebergantungan semata-mata kepada tebu.
Langkah itu berpotensi memenuhi keperluan pengguna dan cita rasa rantau Asia Pasifik, katanya.
"Di Eropah, mereka menggunakan ubi bit sebagai sumber bahan mentah alternatif, tapi, ini tidak bersesuaian dengan cita rasa bagi pasaran di rantau ini.
"Kami mungkin membuat kajian mengenai gula nira seperti daripada kelapa nipah dan lain-lain. Mungkin bukan berskala besar, tapi insya-Allah dapat memenuhi cita rasa pengguna yang gemar kepada rasa gula nira," katanya.
Beliau berkata sumber bahan mentah alternatif merupakan sebahagian daripada strategi jangka masa panjang pihaknya untuk meningkatkan daya tahan rantaian bekalan serta menyesuai dengan trend pasaran yang berubah-berubah.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami