Malaysian Technology Development Corporation Sdn Bhd (MTDC) akan terus menjadi rakan kongsi untuk pemain ekosistem termasuk usahawan tempatan serta universiti dalam konteks menuju Transformasi Nasional 2050 (TN50).
Ketua Pegawai Eksekutif MTDC Datuk Norhalim Yunus berkata, ia termasuk usahawan muda yang mahu membangunkan syarikat inovasi di pasaran antarabangsa.
Jelasnya, pengalaman sejak 25 tahun dahulu banyak memberi mereka pengalaman serta kejayaan dalam membantu syarikat mengembangkan perniagaan mereka.
Ujarnya, ia termasuk dalam bentuk teknologi pelaburan, rangkaian bersama usahawan serta bantuan pembangunan perniagaan selain faktor dana semata-mata.
"Sasaran sekarang berubah cepat. Cabaran kita kini bagaimana hendak membangunkan sebuah syarikat yang boleh bertindak cepat, membangunkan inovasi dengan cepat dan membawa produk dengan cepat.
"Kita perlu bekerjasama erat dengan semua pemain dalam ekosistem termasuklah pensyarah, penduduk, pembuat polisi dan semua rakyat Malaysia," katanya pada Ekspo Ekonomi Kreatif dan Inovasi Kebangsaan 2017 (NICE 2017).
MTDC sebelum ini dilaporkan menerima peruntukan sebanyak RM95 juta daripada kerajaan untuk dijadikan dana kepada lima jenis pinjaman yang diuruskan agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi itu untuk sepanjang tahun ini.
Nilai pinjaman itu membabitkan penyediaan Dana Pengkomersialan Hasil Penyelidikan dan Pembangunan (CRDF) berjumlah RM40 juta, Dana Pemerolehan Teknologi (TAF) sebanyak RM10 juta serta masing-masing RM15 juta untuk Dana Permulaan Perniagaan (BSF), Dana Perkembangan Perniagaan (BGF) dan Dana Pembangunan Teknologi Halal (HTDF).
April lepas, MTDC memperkenal Akademi Latihan Usahawan Teknologi (TENTRA) baharunya yang akan menjadi entiti pembinaan kapasiti utama untuk usahawan teknologi serta pengkomersilan teknologi.
Wan Syamsul Amly
Sun Oct 15 2017
NORHALIM: Kita perlu bekerjasama erat dengan semua pemain dalam ekosistem termasuklah pensyarah, penduduk, pembuat polisi dan semua rakyat Malaysia. - Gambar BERNAMA
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MTDC perkukuh usaha pemerkasaan inovasi teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
DUB menyediakan pembiayaan sehingga RM100,000, manakala DMM menawarkan pembiayaan sehingga RM500,000.
R2G 2024 Central: Pacu Malaysia ke masa hadapan teknologi 4IR
Penganjuran R2G 2024 Central satu pencapaian penting dalam perjalanan Malaysia untuk menjadi peneraju global dalam Revolusi Perindustrian Keempat.
Syarikat pelaburan MTDC, 3REN Berhad disenarai di Pasaran ACE Bursa Malaysia
Pencapaian besar yang menunjukkan potensi syarikat teknologi Malaysia untuk berkembang dan bersaing di pentas global.
MTDC umum penyenaraian 3REN Berhad di Pasaran ACE Bursa Malaysia
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) hari ini mengumumkan syarikat pelaburannya, 3REN Berhad, bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia bermula 6 November ini.
MTDC perkuat peranan bantu syarikat teknologi tempatan majukan sektor pertanian negara
Melalui pelbagai program, MTDC memudahkan akses dan adaptasi teknologi dan kepakaran bagi meningkatkan daya saing syarikat tempatan di pentas global.
MTDC pacu inovasi tempatan dengan bengkel TVET dan Teknousahawan
Dalam usaha menghasilkan lebih ramai teknousahawan tempatan, MTDC menganjurkan bengkel Teknousahawan dan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) ke-6 untuk golongan pendidik TVET.
MTDC, MDEC ganding bahu sedia penyelesaian digital agar syarikat tempatan terus berdaya saing
MTDC dan MDEC menandatangani MoU untuk mengembangkan syarikat teknologi digital Malaysia, meningkatkan ekonomi digital dan memperkukuh sektor halal.
MTDC dan SME Corp jalin kerjasama bantu usahawan PKS
Pertukaran MoU itu menandakan satu langkah penting ke hadapan kerana perkongsian strategik itu bertujuan untuk memanfaatkan kekuatan kedua-dua pihak.
Syarikat pemula Sarawak diseru sertai program anjuran MTDC
Kerjasama rapat yang terjalin di antara MTDC dengan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) ketika ini telah membantu menjayakan agenda tersebut.
MTCE 2023 bantu teroka teknologi baharu, 'deep tech'
Dalam meneroka pelaburan teknologi baharu dan ekosistem deep tech, Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) hari ini melancarkan Persidangan dan Pameran Teknologi MTDC Malaysia (MTCE 2023).