awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rani Kulup ditidurkan di zon merah HUKM
Penceramah bebas dijel 10 hari gagal lunas hutang kahwin RM120,000
Laporan siasatan kes Danish Irfan siap dua minggu lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mustapa optimis, yakin Amerika tidak buat perubahan radikal berhubung TPPA

Israr Khalid
Israr Khalid
10/11/2016
07:02 MYT
Mustapa optimis, yakin Amerika tidak buat perubahan radikal berhubung TPPA
Mustapa menjangkakan pasti ada beberapa perubahan dasar yang akan dibuat dibawah pimpinan baru namun berharap ia tidak dilakukan secara mendadak. - Gambar fail
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yakin Amerika Syarikat (AS) tidak akan membuat sebarang perubahan radikal susulan pelantikan Donald Trump sebagai presiden.
Katanya, kenyataan-kenyataan keras Trump semasa kempennya bukanlah muktamad dan tidak semestinya dijadikan dasar negara itu.
“Beberapa kenyataannya seperti berkenaan Islam dan Mexico sudah berubah.
“Awalnya memang menakutkan, tetapi semakin lama kita lihat semakin kendur. Kita harap ini yang akan berlaku,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat di Parlimen hari ini.
Ia sebagai menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen (PAS) Kota Bharu, Takiyuddin Hassan yang ingin tahu pendirian kerajaan berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) selepas Trump disahkan menang pilihan raya mengatasi pencabarnya Hillary Clinton, sekaligus dipilih menjadi presiden AS yang ke-45.
Tegas Mustapa, Malaysia tetap dengan pendirian untuk menyertai TPPA atas manfaatnya kepada negara dan berharap perjanjian itu dapat diteruskan.
Menurut beliau, TPPA tidak akan berjaya direalisasikan tanpa penyertaan AS yang menyumbang 85 peratus dalam perjanjian itu.
Sekiranya perjanjian itu dibatalkan, ia akan memberi kesan kepada ekonomi negara ke tahap tertentu dan akan memberi akses kepada negara-negara yang tidak ada perjanjian perdagangan dengan Malaysia termasuk Kanada, Mexico dan Peru.
Mustapa menjangkakan pasti ada beberapa perubahan dasar yang akan dibuat dibawah pimpinan baru namun berharap ia tidak dilakukan secara mendadak dan AS akan meneruskan dasar terbukanya.
Maklum beliau, ia akan menjadi antara agenda utama dalam persidangan Kerjasama Ekonomi Trans-Pasifik (APEC) di Peru minggu hadapan.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
#Mustapa Mohamed
#Takiyuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan