Skip to main content

Dunia

Angka korban bangunan runtuh dalam pembinaan di Filipina meningkat kepada lima, 16 masih hilang

A woman walks beside a collapsed building where multiple people are believed to be trapped in Angeles city in Pampanga province, north of Manila Monday, May 25, 2026. (AP Photo/Aaron Favila)
- Foto AP

MANILA: Angka korban akibat runtuhan sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan di Wilayah Pampanga, utara Filipina, meningkat kepada lima orang, menurut pihak berkuasa pada Rabu, lapor Xinhua.

Pejabat Penerangan Angeles City memaklumkan bahawa pasukan penyelamat sedang dalam proses mengeluarkan satu lagi mayat dari bawah runtuhan dengan berhati-hati selepas seekor anjing pengesan mengesan kedudukan mangsa pada kira-kira 6.18 petang.

Sekurang-kurangnya 16 orang masih dilaporkan hilang selepas struktur berkenaan runtuh sebelum pukul 3 pagi pada 24 Mei.

Setakat ini, seramai 26 orang telah berjaya diselamatkan.

Pasukan kecemasan terus mempergiat usaha menyelongkar sisa runtuhan berkenaan pada Rabu.

-- BERNAMA-XINHUA 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement