KUALA LUMPUR:Statistik terperinci yang diterbitkan menerusi My Local Stats amat diperlukan bagi membolehkan kerajaan membuat perancangan hingga peringkat daerah serta memastikan agihan sumber yang berkesan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata keputusan yang dibuat dengan betul serta berasaskan bukti dan fakta yang menyeluruh amat penting dalam usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Menurutnya, penerbitan tersebut akan menjadi sumber rujukan dan asas penting dalam menggubal dan melaksanakan polisi kerajaan untuk tujuan pembangunan negara dan kepentingan rakyat dalam merealisasikan hasrat kerajaan.
"Pastinya dengan ketersediaan statistik yang teguh, penyaluran sumber negara bagi perancangan dan pembangunan dapat dilaksanakan secara cekap dan berkesan.
"Dengan adanya My Local Stats ini, penilaian terhadap sesuatu kawasan dapat dibuat dan seterusnya melihat jurang pembangunan yang berlaku antara daerah.
"Saya yakin dengan penghasilan statistik ini, pelbagai kajian di peringkat daerah dapat dibuat bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat," katanya ketika melancarkan My Local Stats secara maya hari ini.
My Local Stats merupakan penerbitan yang memuatkan statistik sosioekonomi utama di peringkat daerah pentadbiran bagi siri masa 2017 hingga 2019.
Selain itu, Mustapha berkata penghasilan indeks di peringkat daerah pentadbiran juga dapat dilaksanakan berdasarkan statistik yang tersedia yang memberi gambaran sebenar situasi semasa Malaysia di peringkat tempatan.
Dalam pada itu, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, ketersediaan statistik di peringkat tempatan yang lebih terperinci membolehkan perancangan dan pemantauan pelaksanaan serta keberkesanan polisi awam setempat dapat dilakukan.
"Selanjutnya pengukuran pencapaian dan penilaian sosioekonomi mengikut daerah dapat dizahirkan melalui penerbitan ini.
"Akhirnya ia akan memberi manfaat kepada masyarakat keseluruhannya dengan terhasilnya perancangan dan pengurusan sumber yang lebih cekap oleh pihak yang membuat keputusan di peringkat daerah dan kerajaan tempatan," katanya.
Penerbitan My Local Stats ini mengandungi 20 bidang statistik sosioekonomi antaranya Penduduk; Perumahan; Pasaran Buruh, Pekerjaan dan Pengangguran; Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah; Pendidikan; Kesihatan; Perkhidmatan Kebajikan; Keselamatan Awam; Perhubungan dan Rekreasi; Internet dan Media Sosial; dan Kemudahan Asas.
Penerbitan bagi setiap daerah yang mengandungi 101 jadual statistik turut memuatkan statistik berkaitan pasaran buruh, perkahwinan dan perceraian, kebakaran, banduan, kemalangan jalan raya, penagihan dadah dan kamera litar tertutup (CCTV).
Harits Asyraf Hasnan
Mon Oct 19 2020

Mustapa berkata penerbitan tersebut akan menjadi sumber rujukan dan asas penting dalam menggubal sekaligus melaksanakan polisi kerajaan untuk tujuan pembangunan negara dan kepentingan rakyat dalam merealisasikan hasrat kerajaan. - Foto DOSM

Akibat dendam, bekas pegawai polis dedah anggota terlibat jenayah terancang
Seorang bekas pegawai polis ditahan kerana dipercayai menjadi dalang memuat naik senarai nama anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didakwa terlibat pelbagai sindiket jenayah terancang

Lawan Arus | Wanita parah disahkan meninggal dunia
Seorang wanita yang parah selepas terlibat dalam kemalangan dirempuh pemandu yang melawan arus di Kilometer(KM) 13.0 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) arah Bagan Ajam Rabu lalu dilaporkan meninggal dunia.

10 Berita Pilihan - (17 April 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

7 pelajar Maktab Mahmud Baling disahkan positif COVID-19
Seramai tujuh pelajar Maktab Mahmud Baling, Kedah merangkumi enam pelajar tingkatan empat dan seorang pelajar tingkatan satu disahkan positif COVID-19, pada Sabtu.

AADK Jom Raya | AADK Kuala Pilah bawa kanak-kanak beli baju raya
Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun berkata, usaha itu bagi menyemarak kemeriahan suasana dan sambutan Aidilfitri dalam kalangan mereka.

Vaksin COVID-19 | Anwar Ibrahim terus tekan kerajaan
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali menggesa rakyat supaya mendaftar bagi mendapatkan vaksin.

Pengampunan | Junta tentera bebaskan 23,000 tahanan
Junta Myanmar mengampuni dan membebaskan lebih dari 23,000 tahanan sempena cuti tahun baru. Bagaimanapun, ia tidak jelas jika pengampunan itu termasuk aktivis pro-demokrasi yang ditahan selepas kudeta pada Februari.

Putera Philip | Pemimpin Malaysia rakam ucapan takziah
Istiadat pemakaman Duke of Edinburgh, Putera Philip menjadi tumpuan dunia dengan ramai pemimpin pelbagai negara mengucapkan takziah. Pemimpin Malaysia termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut sama menzahirkan ucapan takziah buat keluarga diraja itu.

AWANI Ringkas: Putera Philip selamat dimakamkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 17 April 2021.

PM lancar Perkhidmatan Awan dan Keselamatan Siber TM
Perkhidmatan Awan dan Keselamatan Siber TM merupakan Rangka Tindakan (Blueprint) ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) menerusi penyedia perkhidmatan terurus TM.

Perkhidmatan Awan dan Keselamatan Siber bolehkan kerajaan perluaskan perkhidmatan pintar
Perkhidmatan berkenaan akan menyediakan keupayaan yang lengkap merangkumi perkhidmatan awan secara menyeluruh.

Kerajaan terima permohonan peruntukan RM900 bilion bagi RMKe-12 - Mustapa
Kerajaan menerima permohonan peruntukan melibatkan sejumlah RM900 bilion bagi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) daripada jabatan dan agensi kerajaan Persekutuan serta kerajaan negeri.

Siswazah dapat kerja dengan gaji rendah ketika ini perlu bersyukur - Mustapa
Golongan siswazah yang mempunyai perkerjaan dengan gaji rendah waktu ini perlu bersyukur, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Kerajaan jangka gaji permulaan siswazah meningkat menjelang pertengahan tahun ini - Mustapa
Mustapa mengakui gaji diterima lulusan universiti tahun lepas jauh lebih rendah susulan penularan pandemik COVID-19.

Proses rangka belanjawan 2022 bermula April - Mustapa
Unit Perancang Ekonomi (EPU) sudah mula menerima senarai cadangan untuk merangka Belanjawan 2022, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Malaysia boleh jadi peneraju ekonomi digital Asia Tenggara - Mustapa
Malaysia boleh menjadi peneraju dalam pertumbuhan ekonomi di rantau ini dengan melaksanakan ekonomi digital yang inklusif dan berdaya tahan dari segi reka bentuk.

Masalah bekalan air Kelantan jejas operasi Hospital Raja Perempuan Zainab II
Beliau berkata setiap hari penggunaan air di hospital adalah tinggi sehingga mencecah 500 gelen bersamaan 1,893 liter.

Kadar pengangguran dijangka terus pulih - Mustapa
Kadar pengangguran pada Januari 2021 ialah 4.9 peratus iaitu lebih rendah berbanding 5.3 peratus yang dicatatkan pada Mei 2020.

Keputusan Korea Utara tidak beri kesan terhadap ekonomi - Mustapa
Keputusan Korea Utara untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia dijangka tidak memberi kesan besar terhadap ekonomi, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.