KUALA LUMPUR: MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
Persiapan itu adalah sebagai jangkaan permohonan pelesenan baharu, sekali gus dapat memastikan syarikat penerbangan itu dapat menyambung semula operasinya, kata Eksekutif Bertanggungjawab interim MYAirline Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman.
"Oleh itu, ia belum berakhir untuk MYAirline dan kami masih berusaha untuk mendapatkan pelabur," katanya.
Azharuddin berkata MYAirline masih mengadakan perbincangan dengan beberapa pelabur yang berminat dan berharap dapat memuktamadkan perjanjian dalam masa terdekat.
"Kami melihat kepada pelbagai pelabur kali ini, bukan hanya satu pelabur, daripada pelabur tempatan dan luar negara," katanya.
Beliau berkata syarikat penerbangan telah mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) untuk mendapatkan lesen perkhidmatan udara bersyarat (ASL) tetapi malangnya pelabur yang berpotensi telah menarik diri.
"Tidak akan berputus asa. Selepas kami berjaya mendapatkan pelabur, MYAirline akan memohon ASL baharu daripada MAVCOM dan AOC baharu daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)," katanya.
Pada 12 Jan lepas, Bernama melaporkan bahawa MYAirline telah mendapat pelabur dari Timur Tengah, dengan sumber menyatakan keyakinan bahawa syarikat penerbangan itu boleh melaksanakan usaha untuk menyambung semula operasi pada pertengahan tahun ini.
Sementara itu, pada 24 April lepas, The Edge Malaysia melaporkan bahawa CAAM telah membatalkan AOC MYAirline, berkuat kuasa 15 April selepas syarikat penerbangan itu gagal mencari pelabur baharu sebelum tarikh akhir 14 April.
Bagaimanapun, menurut Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapten Norazman Mahmud, ia mengekalkan pemegang jawatan yang diperlukan untuk permohonan semula.
Mengulas laporan itu, Azharuddin mengesahkan bahawa CAAM telah membatalkan AOC syarikat penerbangan itu pada 15 April, yang sebelum ini digantung.
"MYAirline tidak memohon kepada CAAM untuk sebarang lanjutan mengenai penggantungan AOC berikutan tiada perjanjian telah ditandatangani dengan mana-mana pelabur," katanya.
MYAirline telah membawa lebih sejuta penumpang di peringkat domestik pada 26 Jun 2023, beberapa bulan selepas penerbangan sulungnya sebagai syarikat penerbangan tambang rendah di Malaysia.
"Ramai orang mahu MYAirline kembali beroperasi dan ini hanya mengenai masa sehingga kami berjaya mendapat pelabur," katanya.
Syarikat penerbangan itu mempunyai purata faktor muatan sebanyak 91 peratus dan menggunakan lapan Airbus A320-200 sehingga 12 Oktober, mencatatkan prestasi tepat pada masa yang baik melebihi 90 peratus.
Pada 12 Oktober, MYAirline membuat pengumuman mengejut bahawa ia telah menggantung operasinya berkuat kuasa pada hari yang sama, dengan alasan tekanan kewangan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 26 2024
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini. - Gambar fail/MYAirline
AirTag generasi baharu dijangka diperkenal tahun depan, dengan cip dikemas kini
Apple kini dalam fasa pembangunan AirTag generasi baharu, dan menyasarkan untuk melancarkannya sekitar pertengahan tahun 2025 kelak.
Siri kelak boleh rumus notifikasi pada iPhone - dengan sokongan integrasi AI
Siri juga kelak boleh meringkaskan sesuatu berita, melakukan transkrip untuk memo suara, serta penambahbaikan pada gambar yang dirakam.
Lawatan Tiga Negara: Berjaya jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bln - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion, ia bakal memanfaatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Radang Paru-Paru: Raja Salman jalani rawatan di Jeddah
Raja Salman akan menjalani program rawatan untuk radang paru-paru di Istana Al Salam di Jeddah, pada Ahad.
PAS kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
PAS mengutuk keras insiden ugutan bunuh melalui surat terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim, pada Sabtu.
THSS: Datin Alyah tarik diri, Putera & Stacy kekal beraksi
Masih kekal ditangga tiga teratas, minggu ini Aepul Roza berjaya merampas kedudukan Ayda Jebat sebagai juara mingguan selepas mendapat markah 90.40 dan berjaya membawa pulang Anugerah The Hardest of The Night serta wang tunai RM2,000.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Dua orang terbunuh dan lima lagi hilang selepas sebuah bot bermotor kecil bertembung dengan sebuah kapal persiaran di Sungai Danube di utara Budapest lewat Sabtu.
Serpihan komet melalui langit Portugal dan Sepanyol
Rakaman sebuah kamera keselamatan menunjukkan serpihan komet terang melalui langit di bandar Braga Portugal pada malam Sabtu.
Lapan pasangan kembar belajar sekolah sama
Persamaan dimiliki kembar tersebut sering kali mengelirukan guru-guru dan kadangkala mereka tersilap menghukum salah seorang pasangan kembar.
Nahas Helikopter: Cuaca buruk sukarkan operasi SAR Raisi
Persatuan Bulan Sabit Merah Azerbaijan berkongsi rakaman menunjukkan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat nahas yang melibatkan presiden Iran Ibrahim Raisi.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
MYAirline masih bincang dengan pelabur baharu
MYAirline memaklumkan ia masih berbincang dengan pelabur baharu selepas penamatan secara tiba-tiba dan unilateral perjanjian pembelian saham.
Kami telah bertemu dengan pelabur berpotensi MyAirline - Anthony Loke
Kementerian Pengangkutan telah bertemu dengan pelabur berpotensi baharu MYAirline Sdn Bhd.
Isu MYAirline: Bayar tunggakan tiket, gaji sebelum bincang pelabur baharu - Loke
Anthony Loke berkata, pihak kementerian akan bertemu syarikat itu pada Jumaat bagi mendengar perincian perkara tersebut.
MYAirline terima pelabur dari Asia Barat, kata sumber
Tindakan pertama yang diharapkan dilakukan MYAirline ialah pembayaran gaji kakitangan dan bayaran balik kepada penumpang.
Pengasas MYAirline dan 4 syarikat gagal batal saman 15 pelabur
Saman oleh 15 pelabur terhadap pengasas bersama dan pemegang saham terbesar MYAirline, dan empat lagi syarikatnya akan ditentukan melalui perbicaraan penuh tahun depan.
MYAirline: PERKESO terima 533 permohonan faedah SIP, 277 lulus
Kementerian Sumber Manusia prihatin dalam memastikan pekerja MYAirline tidak tertindas biarpun status kontrak perkhidmatan mereka seakan-akan tergantung.
MYAirline optimis dapat pelabur baharu untuk beroperasi semula
Azharuddin optimis dalam usaha mendapatkan pelabur baharu bagi memastikan kebajikan lebih 900 pekerja terbela.
Kemelut MYAirline: PERKESO laksana lima intervensi, 357 permohonan faedah SIP diproses
PERKESO sudah menjalankan lima program intervensi dalam membantu merungkai kemelut dialami pekerja syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline).
KSM minta pekerja MYAirline fail tuntutan baki gaji segera
Pekerja syarikat penerbangan MYAirline yang terjejas ekoran penggantungan operasi syarikat berkenaan sejak 12 Oktober lepas diminta memfailkan tuntutan baki gaji mereka segera.