KUALA LUMPUR: MYAirline kini menawarkan harga tiket penerbangan tetap pada RM300 bagi semua laluannya antara Kuala Lumpur dan Malaysia Timur bersempena sambutan pesta menuai Kaamatan dan Gawai.
Dalam kenyataannya hari ini, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata promosi yang merangkumi sehingga 4,000 tempat duduk, tidak termasuk bayaran lain yang ditetapkan untuk perjalanan sehala.
Promosi harga itu yang boleh ditempah mulai 20-31 Mei, 2023, adalah bagi tempoh perjalanan pada 27-29 Mei, 2023 bagi laluan Sabah serta 29-31 Mei, 2023 bagi Sarawak.
Penumpang pesawat itu akan turut menikmati kemudahan bagasi daftar masuk seberat 20 kilogram.
"Kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif kerajaan dalam menawarkan harga tambang tetap bagi penerbangan bersempena sambutan Kaamatan dan Gawai," kata Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline Rayner Teo.
Menerusi tawaran harga asas tetap RM300 untuk tiket sehala, beliauu berkata MYAirline berharap dapat menyumbang kepada permintaan perjalanan serta mempromosi pengalaman budaya unik perayaan Kaamatan dan Gawai selama sebulan yang jatuh pada 1 dan 2 Jun ini.
Laluan penerbangan MYAirline bagi Malaysia Timur MYAirline termasuk Kota Kinabalu, Tawau, Kuching, Sibu dan Miri.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2023

Syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata promosi yang merangkumi sehingga 4,000 tempat duduk, tidak termasuk bayaran lain yang ditetapkan untuk perjalanan sehala. - Gambar fail

Mayat wanita ditemui ditanam dalam simen di bilik air
Penduduk sekitar Kampung Pendamar, Pandamaran gempar apabila mayat seorang wanita ditemui ditanam dalam simen di bilik air di sebuah rumah sewa dekat sini pada Ahad.

47 pendaki terkandas di Gunung Marapi
Sekurang-kurangnya 47 pendaki terkandas berikutan letusan gunung berapi di Sumatera Barat pada Ahad, menurut jurucakap agensi bencana negara BNPB Abdul Muhari.

DUN Pahang lulus usul bantah kekejaman, kezaliman Israel terhadap Palestin
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini sebulat suara meluluskan usul membantah kekejaman dan kezaliman rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

Reformasi pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya proses yang panjang - Azalina
Reformasi pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya merupakan satu proses yang panjang.
Pahang sekali lagi kutip hasil lebih RM1 bilion
Kerajaan negeri Pahang sekali lagi berjaya mencapai sasaran satu bilion ringgit kutipan hasil negeri bagi tempoh dua tahun berturut-turut.
Sehingga berakhir 3 Disember 2023, hasil yang berjaya dikutip adalah sebanyak RM1.164 bilion, melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu RM1.083 bilion.
Sehingga berakhir 3 Disember 2023, hasil yang berjaya dikutip adalah sebanyak RM1.164 bilion, melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu RM1.083 bilion.
Bank Malaysia akan hasilakan prestasi operasi berdaya tahan pada 2024
Institusi perbankan Malaysia akan mengatasi ketidaktentuan luaran untuk menghasilkan prestasi operasi yang berdaya tahan pada 2024.
87,282 perniagaan dari seluruh negara didaftar menerusi SPPP
Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Ahmad Sabki Yusof berkata daripada jumlah tersebut, kira-kira 50,782 merupakan golongan usahawan B40 manakala bakinya merupakan pelajar-pelajar institut pengajian tinggi (IPT) sepenuh masa.
COP28: Naikkan harga karbon untuk dekarbonisasi - IMF
Pengarah Urusan IMF mencadangkan harga karbon untuk dinaikkan bagi menggalakan insentif usaha mengurangkan kesan pelepasan gas rumah kaca.
KWAP rancang ambil alih dua aset Centurion Corporation Limited
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) merancang untuk mengambilalih dua aset penginapan pekerja Centurion Corporation Limited pada harga RM227 juta.
Pantau Agenda Reformasi: Setahun berlalu: Isu alam sekitar, perubahan iklim diberi tumpuan sewajarnya?
Setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan, adakah isu seperti alam sekitar dan perubahan iklim menjadi tumpuan utama dalam dasar dan polisi kerajaan, mahupun perbahasan di Dewan Rakyat?

Kerja sambilan untuk beli tiket penerbangan hadir konvokesyen, namun bapa "pergi" dulu
Juline Ulana terkilan kerana bapanya tidak sempat menyaksikan dia naik ke pentas menerima skrol.

Harga tiket penerbangan tinggi semasa perayaan, kerajaan cadang beri insentif
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata kerajaan memahami keluhan rakyat dalam isu itu setiap kali musim perayaan terutamanya bagi mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak.

MYAirline tawar lebih pilihan perjalanan kepada penuntut menerusi FLYsiswa
Inisiatif tersebut memberikan baucar RM300 untuk pembelian tiket penerbangan kepada penuntut IPT di seluruh Malaysia.

Tarikh akhir penebusan baucar digital pembelian tiket penerbangan dilanjut sehingga 31 Dis
Tarikh akhir penebusan baucar digital RM300 bagi pelajar universiti awam untuk pembelian tiket penerbangan bagi laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan dilanjutkan.

Lelaki didakwa minta, terima rasuah dapatkan tiket penerbangan umrah
Bekas penyelia syarikat pelancongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas 11 pertuduhan kes rasuah berhubung 6,051 tiket penerbangan umrah, sejak empat tahun lalu.

Subsidi tiket penerbangan ringankan beban pelajar pulang ke pangkuan keluarga
Pemberian inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam bukan sahaja meringankan beban kewangan keluarga, malah memudahkan pelajar pulang ke kampung halaman.

Subsidi RM300 bagi tiket penerbangan pelajar IPTA ke Sabah, Sarawak, Labuan - Loke
Kerajaan bersetuju memberikan subsidi RM300 bagi tiket penerbangan pelajar universiti awam untuk laluan domestik Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan mulai 15 Ogos.

Bantuan tiket penerbangan kurangkan beban kewangan dan emosi pelajar
Pembelian tiket penerbangan terutama pada musim perayaan merupakan perbelanjaan yang besar dan boleh menjadi beban emosi kepada pelajar.

Muhammad Azeem dibenarkan pulang jalani latihan pusat di Malaysia
Muhammad Azeem akan kembali dalam masa terdekat dan turut menyertai Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok, Thailand pada 12 hingga 16 Julai.

MYAirline tawar tambang tetap RM300 bagi laluan Sabah, Sarawak
MYAirline kini menawarkan harga tiket penerbangan tetap pada RM300 bagi semua laluannya antara Kuala Lumpur dan Malaysia Timur bersempena sambutan pesta menuai Kaamatan dan Gawai.