Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan permohonan untuk e-baucar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) bernilai RM1,000, kini dibuka.
Beliau berkata baucar ini merupakan kaedah mudah, cepat dan berkesan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) membeli atau menaik taraf perisian perakaunan pematuihan GST.
Najib membuat pengumuman ini dalam ucaptama pada perasmikan pameran tahunan PKS (SMIDEX) 2014 di Kuala Lumpur Convention Centre, di sini.
"Mereka hanya perlu membuat pemohonan secara dalam talian untuk e-baucar ini yang boleh digunakan untuk membeli perisian daripada vendor yang mengambil bahagian.
"Saya menggesa PKS supaya tampil dan memanfaatkan bantuan yang disediakan oleh kerajaan ini bagi memastikan peralihan lancar dalam pelaksanaan GST," katanya.
GST akan dilaksanakan berkuat kuasa 1 April 2015 pada kadar 6 peratus menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.
Kadar cukai jualan dan perkhidmatan kini masing-masing ditetapkan pada 10 peratus dan 6 peratus.
Najib berkata beliau mahu semua pihak berkepentingan, terutama peniaga, memahami dengan jelas mengenai persediaan untuk melaksanakan GST, dan Malaysia juga boleh belajar dari 160 negara, yang sudah melalui cabaran dalam memahami dan melaksanakan sistem percukaian ini.
"Kerajaan memperuntukkan RM100 juta (daripada RM250 juta) untuk melaksanakan program latihan dan kesedaran di seluruh negara menerusi pelbagai saluran," kata Perdana Menteri.
Baki RM150 juta lagi akan diperuntukkan untuk PKS menaik taraf perisian perakaunan masing-masing.
Najib turut mengumumkan bahawa SME Corp akan bekerja bersama-sama Suruhanjaya Sekuriti untuk mewujudkan Platform Dagangan Tidak Tersenarai Malaysia (MyULM), yang akan memudahkan peluang pembiayaan untuk PKS.
Beliau berkata kerajaan perlu menggalakkan pertumbuhan dan peluasan PKS menerusi pasaran modal, dengan peserta kecil mendapati cabaran besar untuk memasuki pasaran modal secara rasmi berikutan pelbagai syarat, selain kos yang tinggi untuk penyenaraian.
"Bagi memudahkannya, tahun lepas Suruhanjaya Sekuriti mengumumkan MyULM, bagi menyediakan akses kepada modal dan maklumat bagi memudahkan transaksi," katanya.
Najib juga berkata kerajaan membelanjakan RM13 bilion untuk program pembangunan PKS tahun ini berbanding RM12 bilion tahun lepas.
"Dana ini bukan sahaja daripada kerajaan, malah sektor swasta, dengan hampir 50 peratus daripada dana untuk program itu tahun ini diperoleh daripada sumber sektor swasta," katanya.
Najib melihat usaha sama awam-swasta ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua rakan berkenaan, menjadikannya persekitaran perniagaan lebih cergas dan ekonomi yang lebih kompetitif.
Tahun lepas, RM12 bilion dibelanjakan untuk 157 program pembangunan PKS yang menjana hampir 890,000 projek dalam semua sektor ekonomi, meningkatkan produktiviti, mendaftar perniagaan baharu, keuntungan yang tinggi selain lebih banyak peluang pekejaan.
Mengenai komitmen Asean, Najib berkata: "Malaysia kini ke hadapan dalam menyediakan ekonomi untuk penyepaduan yang lebih baik. Matlamatnya, kami mahu ASEAN menjadi rantau yang lebih kompetitif, terangkum dan bersepadu sepenuhnya dalam persekitaran perniagaan global.
"Bagi PKS Malaysia dan pelabur antarabangsa, Komuniti Ekonomi ASEAN menjanjikan manfaat sebenar, malah mengubah persekitaran perniagaan, yang memerlukan persediaan rapi."
Pada majlis yang sama, Najib menyampaikan Anugerah Perdana dan hadiah wang tunai RM1 juta kepada KLSMC Stem Cells Sdn Bhd yang dipilih sebagai PKS Paling Inovatif.
Najib sebelum itu menyaksikan majlis bertukar-tukar memorandum persefahaman usaha sama awam-swasta yang termasuk SME Corp dan Standards Malaysia, Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dan Malaysian Debt Ventures (MDV).
Bernama
Wed Jun 04 2014
NAJIB: Baucar ini merupakan kaedah mudah, cepat dan berkesan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) - Foto Bernama
Percepat proses tapisan keselamatan ejen MM2H - Abdul Karim
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) diminta mempercepat proses tapisan keselamatan ejen program Malaysia My Second Home (MM2H).
Enam ekor lembu mati dipercayai dibaham harimau belang
Seorang penternak terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM10,000 apabila enam ekor lembu peliharaannya mati dipercayai dibaham harimau belang.
AWANI Borneo [20/04/2024] - Tekad MADANI | Pusat aktiviti warga emas | Risiko habuk Gunung Ruang
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan;
#AWANIBorneo 20 April 2024
Rumit, tapi Anwar yakin miskin tegar di Sabah boleh disifarkan
Nancy kecewa tak ramai berminat tubuh PAWE di Sarawak
Jangan ambil ringan jika ada masalah pernafasan, ia mungkin angkara debu Gunung Ruang
#AWANIBorneo 20 April 2024
Rumit, tapi Anwar yakin miskin tegar di Sabah boleh disifarkan
Nancy kecewa tak ramai berminat tubuh PAWE di Sarawak
Jangan ambil ringan jika ada masalah pernafasan, ia mungkin angkara debu Gunung Ruang
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan umum akan bertanding
Gerakan sebulat suara memutuskan untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu yang bakal berlangsung pada 11 Mei depan.
Kerajaan diminta segera buka jalan Serudung-Simanggaris
Naib Pengerusi GRS Tan Sri iew Yun Fah menganggap pembukaan jalan sempadan antarta Serudung, Kalabakan dan Semanggris, Indonesia akan memeri limpahan rezeki kepada penduduk Sabah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
MOTS bekerjasama dengan pelbagai agensi selesaikan kes penumpang terkandas
Kementerian pengangkutan Sarawak (MOTS) akan terus bekerjasama dengan beberapa agensi dalam menyelesaikanisu penumpang terkandas akibat pembatalan penerbangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Letusan Gunung Ruang: Penduduk bergejala pernafasan diminta dapatkan rawatan segera
Pengarah JKNS Datuk Dr, Asits Sanna meminta orang ramai yang memiliki tanda dan gejala pernafasan agar segera mendapatkan rawatan kerana dibimbangi tersedut debu Gunung Berapi Ruang.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kanak-kanak dua tahun lemas dalam tasik berhampiran masjid
Mangsa terjatuh ke dalam tasik berdasarkan maklumat diperoleh daripada keluarga mangsa yang berada di masjid itu untuk menunaikan solat Zuhur.
Pusat Jantung Negara akan diwujudkan di Sabah dengan peruntukan segera RM80 juta - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan segera RM80 juta bagi menaik taraf Hospital Queen Elizabeth II kepada Hospital Pakar Jantung.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Penerbitan ilmiah mampu tinggikan martabat bahasa Melayu - Pakar
Faktor seperti kemajuan sains dan teknologi, kesungguhan pemimpin dan budaya, antara cabaran utama dalam usaha mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu.
Kerajaan sentiasa berhati-hati dalam keputusan berkaitan pembaharuan percukaian negara - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata kerajaan sentiasa berusaha untuk mengimbangi kesan pelaksanaan dengan menyediakan jaringan sosial untuk rakyat.
Isu cukai, TVET, masalah bekalan air antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu cukai, TVET, masalah bekalan air dan elektrik di Labuan antara yang jadi tumpuan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
LHDN kutip cukai RM183.3 bilion pada 2023, tertinggi dalam sejarah
Beliau merakamkan penghargaan kepada semua pembayar cukai yang menyumbang kepada pendapatan negara.
Program memfail borang nyata cukai keuntungan modal mulai 1 Mac 2024
Pelupusan aset modal tersebut bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 29 Februari 2024 adalah dikecualikan cukai.
Kerajaan akan gubal undang-undang Cukai Barang Bernilai Tinggi - Ahmad Maslan
Kerajaan akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Bernilai Tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus terhadap barang bernilai tinggi tertentu.
New Zealand batal larangan generasi merokok, bantu tampung pemotongan cukai
New Zealand akan membatalkan larangan generasi merokok untuk membantu menampung pemotongan cukai yang dijanjikan.
'Influencer’ tunjuk mewah dipantau LHDN
LHDN telah mengenal pasti pempengaruh atau influencer di media sosial serta individu yang gemar menayang wang tunai dan kemewahan bagi memastikan mereka tidak lari daripada membayar cukai.
Aktiviti pengumpulan dana dapat diteruskan menerusi pengecualian CGT - SC
SC menyambut baik langkah itu kerana kerajaan telah mempertimbangkan langkah dalam mengimbangi keperluan untuk meluaskan asas cukai.
Belanjawan 2024: Perlu agresif tingkatkan pendapatan lebih berkesan - Pakar Ekonomi
Rajah berpendapat, kerajaan dilihat tidak mempunyai strategi untuk menambah pendapatan secara berkesan.