NAZA World, yang membuka bilik pameran NAZA Bikes 3S di Phnom Penh, Kemboja, berharap untuk menguasai lebih 10 peratus daripada bahagian pasaran di negara ini atau 30,000 unit, dalam masa tiga tahun ini.
Pengerusi eksekutif kumpulan NAZA Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin berkata kumpulan merancang untuk menubuhkan kilang unit terurai (CKD) dalam tempoh yang sama, untuk mencapai sasaran jualan itu.
"NAZA Bikes mula merancang kemasukan ke Kemboja dua tahun lepas.
"Kami memilih Kemboja sebagai titik permulaan berdasarkan penyelidikan meluas atas pasaran, budaya dan peluang yang ada di pasaran negara itu bagi syarikat kami," katanya kepada satu sidang media mengenai pelan perkembangan syarikat itu di sini hari ini.
SM Faisal berkata kumpulan itu telah melabur RM1.5 juta untuk membangunkan bilik pameran 7,000 kaki persegi yang dimiliki sepenuhnya oleh NAZA World.
Bilik pameran di Phnom Penh dijangka dibuka pada minggu pertama bulan depan. Ia akan menawarkan model motosikal popular NAZA Bikes iaitu NZ 125R, NAZA Blade 250, dan NAZA Blade 650.
Beliau berkata kumpulan itu menyasarkan untuk melantik 20 hingga 30 pengedar di negara itu tahun depan.
Dengan Kemboja sebagai penanda aras, NAZA Bikes merancang untuk memasuki pasaran Indonesia, Vietnam, Myanmar dan Laos sepanjang dua tahun depan.
NAZA Bikes adalah anak syarikat NAZA World.
Bernama
Tue Jul 23 2013
Gambar Arkib
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Harimau Malaya sekadar kongsi mata dengan Kemboja
Malaysia memulakan kempen Piala ASEAN 2024 dengan kurang meyakinkan apabila sekadar meraih keputusan seri 2-2 dengan Kemboja pada aksi pertama Kumpulan A di Stadium Olimpik Nasional Phnom Penh.
Piala ASEAN: Pertemuan dengan Kemboja tidak mudah - Pau Marti
Ketua jurulatih pasukan bola sepak Malaysia Pau Marti Vicente sedar bahawa perlawanan pembukaan Kumpulan A Piala ASEAN 2024 mereka bertemu Kemboja bukanlah sesuatu yang mudah.
Terpengaruh gaji lumayan, dua sahabat jadi mangsa sindiket penipuan di Kemboja
Dua sahabat yang ditawarkan pekerjaan di kasino dengan gaji RM4,000 sebulan di Kemboja akhirnya menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di negara itu.
Juadah Malaysia: Raikan nostalgia diaspora, pikat selera Kemboja di Phnom Penh
Juadah ini menyampaikan mesej yang mendalam, melangkaui sempadan dan membangkitkan rasa identiti Malaysia.
Malaysia, Kemboja lancarkan jalinan pembayaran QR rentas sempadan - BNM
Menerusi jalinan ini, pengguna dan peniaga di kedua-dua negara boleh membuat dan menerima pembayaran rentas sempadan melalui kod QR secara masa nyata.
Bom tinggalan perang seberat 340kg ditemukan di Kemboja
Bom M117 itu dengan berat keseluruhan kira-kira 340 kilogram ditemukan di kawasan sawah padi di daerah Kandal Steung.
Kemboja lancar kad e-Ketibaan untuk penumpang penerbangan bulan depan - PM
Kad e-Ketibaan digital ini akan menggantikan borang kertas untuk pengisytiharan imigresen, kesihatan dan kastam.
Perdagangan Kemboja dengan ASEAN meningkat 11.6 peratus separuh pertama 2024
Kerajaan Kemboja mengeksport produk bernilai AS$2.68 bilion ke negara ASEAN lain dalam tempoh Januari-Jun tahun ini.
Kemboja catat peningkatan mangsa periuk api, sisa letupan perang
Kemboja merekodkan 35 kematian akibat periuk api dan sisa letupan perang (ERW) pada separuh pertama 2024, meningkat hampir 67 peratus berbanding 21 kes pada tempoh yang sama tahun lalu.
Singapura, Kemboja catat kes tibi lebih rendah
Kumpulan umur yang lebih tua dan lelaki terus membentuk sebahagian besar kes tibi aktif baharu di Singapura.