[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
BUSINESS

Netizen setuju cadangan beberapa penerbangan MAS beroperasi di klia2

Syafique Shuib 03/07/2016 | 12:34 MYT
Walaupun majoriti bersetuju, beberapa netizen tetap memilih KLIA kerana kemudahan yang disediakan dalam keadaan baik dan bersih.
Majoriti pembaca AstroAwani.com setuju dengan cadangan untuk memindahkan sebahagian operasi penerbangan Malaysia Airlines ke klia2.
Cadangan ini dibuat oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAB), Peter Bellew pada Jumaat.
BACA: 4 tunjang utama jadi teras lakar semula kejayaan Malaysia Airlines - Bellew
Menerusi satu undian di akaun Twitter rasmi Astro AWANI, 56 peratus dari 3,330 pengguna Twitter yang mengambil bahagian setuju dengan cadangan ini.
Sementara itu 44 peratus tidak bersetuju.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Walaupun majoriti bersetuju, beberapa netizen tetap memilih Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana kemudahan yang disediakan dalam keadaan baik dan bersih.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bellew berkata langkah ini adalah sebagai daripada pelan pengurangan kos.
"Kos lapangan terbang akan menjadi tumpuan segera dan kami merancang untuk mengendalikan beberapa penerbangan libur dari KLIA2 pada tahun 2017 di mana kosnya lebih rendah iaitu sebanyak RM33 bagi setiap penumpang atau RM5,412 bagi setiap penerbangan berbanding terminal utama KLIA,” katanya dalam satu kenyataan.
Presiden Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Datuk Hamzah Rahmat berkata tindakan MAS untuk menggunakan klia2 akan mengelirukan penumpang.
Katanya, ini kerana MAS memberikan perkhidmatan penuh dan bukan syarikat penerbangan tambang murah.
“MAS tidak boleh menggunakan jenama itu jika ia mahu beroperasi dari KLIA2,” katanya kepada akhbar The Star baru-baru ini.
#Hamzah Rahmat #Kini Trending #KLIA2 #Malaysia Airlines #MAS #peter bellew