KUALA LUMPUR: Perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan nilai jualan berjumlah RM142.7 bilion, meningkat 6.5 peratus tahun ke tahun pada September 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DSOM).
DOSM menjelaskan nilai jualan menokok 0.1 peratus berbanding Ogos 2023.
Bagi perbandingan suku tahunan, perdagangan borong dan runcit mencatatkan jualan bernilai RM424.9 bilion pada suku ketiga, tumbuh 6.8 peratus tahun ke tahun.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan sebanyak 6.5 peratus tahun ke tahun pada September 2023 disumbangkan oleh subsektor perdagangan borong yang meningkat 6.9 peratus atau RM4.1 bilion kepada RM64.2 bilion.
"Perdagangan runcit juga berkembang dengan mencatatkan 5.9 peratus atau RM3.4 bilion kepada RM61.1 bilion, diikuti oleh kenderaan bermotor dengan peningkatan 7.0 peratus atau RM1.1 bilion untuk berada pada RM17.5 bilion," katanya dalam kenyataan mengenai Prestasi Perdagangan Borong dan Runcit, Malaysia, September 2023 yang dikeluarkan pada Khamis.
Beliau berkata peningkatan marginal 0.1 peratus berbanding bulan sebelumnya adalah disokong oleh perdagangan runcit yang berkembang 0.9 peratus atau RM0.5 bilion, diikuti oleh perdagangan borong dengan 0.5 peratus atau RM0.3 bilion.
Walau bagaimanapun, kenderaan bermotor merosot 3.6 peratus, katanya.
Mohd Uzir berkata dari segi prestasi mengikut subsektor, pertumbuhan 6.9 peratus tahun ke tahun bagi perdagangan borong disumbangkan oleh lain-lain pengkhususan jualan borong yang meningkat RM2.0 bilion atau 8.6 peratus kepada RM25.1 bilion.
Beliau berkata mengenai subsektor perdagangan runcit, kenaikan 5.9 peratus tahun ke tahun pada bulan ini disokong oleh jualan runcit di kedai bukan pengkhususan yang meningkat 8.9 peratus atau RM1.9 bilion kepada RM23.2 bilion.
"Pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 7.0 peratus bagi subsektor kenderaan bermotor pada bulan ini dipacu oleh jualan komponen dan aksesori kenderaan bermotor yang melonjak 17.2 peratus atau RM0.7 bilion untuk merekodkan RM4.6 bilion.
"Ini diikuti oleh penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan bermotor (18.6 peratus) dan jualan kenderaan bermotor (3.8 peratus)," katanya.
Ketua Perangkawan berkata bagi perbandingan bulanan, subsektor ini menguncup 3.6 peratus, dipengaruhi oleh jualan kenderaan bermotor (-4.9 peratus); jualan, penyelenggaraan dan pembaikan motorsikal (-8.6 peratus) serta jualan komponen dan aksesori kenderaan bermotor (-1.2 peratus).
Beliau berkata bagi indeks jualan runcit melalui internet, indeks ini merekodkan pertumbuhan 2.0 peratus tahun ke tahun pada September 2023 berbanding 1.0 peratus pada Ogos 2023.
Bagi nilai pelarasan musim, indeks ini naik 0.3 peratus berbanding bulan sebelumnya, katanya.
Mohd Uzir berkata bagi indeks volum, perdagangan borong dan runcit pada September 2023 mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 4.5 peratus.
"Pengembangan ini disumbangkan oleh semua subsektor iaitu kenderaan bermotor (5.9 peratus), perdagangan borong (5.7 peratus) dan perdagangan runcit (3.8 peratus).
"Sebaliknya, bagi indeks volum pelarasan musim, ia menurun 0.5 peratus bulan ke bulan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 09 2023
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan sebanyak 6.5 peratus tahun ke tahun pada September 2023 disumbangkan oleh subsektor perdagangan borong. - Gambar fail/DOSM
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Perdagangan borong, runcit catat jualan bulanan tertinggi RM143.9 bilion
Perdagangan borong dan tuncit Malaysia merekodkan nilai jualan sebanyak RM143.9 bilion pada Disember 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Hasil sektor perkhidmatan naik 1.7 peratus pada suku keempat 2020
Hasil sektor perkhidmatan naik 1.7 peratus suku ke suku kepada RM435.9 bilion pada suku keempat 2020 berbanding suku ketiga 2020, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
BAJET: Pasar raya dan gedung nikmati jualan memberangsangkan
Subsektor perdagangan borong dan runcit mencatat pertumbuhan kukuh 8.9 peratus dalam tempoh separuh pertama 2014.