KUALA LUMPUR: Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia naik kepada 6.5 peratus kepada RM148 bilion pada Januari 2023 berbanding 8.8 peratus pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata momentum positif yang berterusan diperkukuh oleh pertumbuhan dua angka dalam peralatan pengangkutan dan perkilangan lain (14 peratus) serta subsektor petroleum, kimia, getah dan plastik (10.1 peratus).
"Bagaimanapun, nilai jualan yang didaftarkan pada Januari adalah yang paling rendah dicatatkan sejak Mei 2022," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata nilai jualan industri berorientasikan eksport yang menyumbang 71.3 peratus daripada jumlah jualan, mencatatkan pertumbuhan lebih perlahan sebanyak 6.9 peratus pada Januari berbanding 9.2 peratus pada Disember 2022.
"Prestasi sederhana itu juga seiring dengan penurunan eksport produk perkilangan pada bulan itu," katanya.
Trend yang sama dicatatkan dalam nilai jualan industri berorientasikan domestik yang menyederhana kepada 5.6 peratus daripada pertumbuhan 7.7 peratus pada bulan sebelumnya.
"Berbanding dengan bulan sebelumnya, nilai jualan bagi industri berorientasikan eksport terus merosot selama empat bulan berturut-turut, mencatatkan negatif 6.9 peratus pada Januari manakala industri berorientasikan dalam negeri berkurangan sebanyak 1.6 peratus," tambahnya.
Mengulas mengenai bilangan pekerja, Mohd Uzir berkata terdapat 2.34 juta orang yang terlibat dalam sektor pembuatan pada Januari, peningkatan sebanyak 3.0 peratus berbanding 2.27 juta orang yang didaftarkan setahun lalu (Disember 2022: 3.4 peratus).
Kenaikan itu kebanyakannya disebabkan oleh peningkatan dalam bilangan pekerja dalam makanan, minuman dan produk tembakau (4.7 peratus); produk elektrik dan elektronik (4.3 peratus) dan subsektor petroleum, kimia, getah dan plastik (2.1 peratus).
Susulan aliran positif dalam pekerjaan, gaji dan upah yang dibayar dalam sektor pembuatan meningkat empat peratus, berjumlah RM8.18 bilion pada Januari 2023 dengan purata gaji bulanan dan gaji setiap pekerja sebanyak RM3,494, mencatatkan peningkatan sebanyak 1.0 peratus tahun ke tahun, katanya.
Nilai jualan bagi setiap pekerja ialah RM63,200 yang melonjak 3.4 peratus berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya, kata Mohd Uzir.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 13 2023

Mohd Uzir berkata momentum positif yang berterusan diperkukuh oleh pertumbuhan dua angka dalam peralatan pengangkutan dan perkilangan lain (14 peratus) serta subsektor petroleum, kimia, getah dan plastik (10.1 peratus). - Gambar fail

BYD atasi Tesla, catat pendapatan AS$107.2 bilion pada 2024
Pendapatan tersebut meningkat 29 peratus berbanding tahun sebelumnya, melebihi unjuran Bloomberg sebanyak CN766 bilion.

Pemandu kereta rempuh penunggang motosikal bawah jejambat ditahan
Siasatan awal mendapati, penunggang motosikal yang berhenti di lorong kecemasan di bawah jejambat, dirempuh sebuah kereta dari belakang.

'Yayasan Amal Malaysia terima dana USAID - fitnah jahat'
Mohd Razali berkata, YAM beroperasi secara bebas dengan berlandaskan prinsip ketelusan, integriti dan kebertanggungjawaban dalam setiap inisiatif.

Agensi pelarian PBB gantung hampir semua bantuan perubatan di Mesir
Mulai sekarang, agensi PBB hanya boleh membiayai rawatan kecemasan dalam situasi yang mengancam nyawa, kata jurucakap UNHCR.

Turkiye penting untuk keselamatan Eropah, kata Erdogan
Erdogan menegaskan bahawa Eropah tidak boleh memastikan keselamatannya tanpa Turkiye.

Pesuruhjaya Perdagangan EU ke Washington untuk elak perang perdagangan
Sefcovic dijadualkan bertemu dengan Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick, dan Wakil Perdagangan, Jamieson Greer.

Angola tarik diri sebagai pengantara konflik DR Congo - Presiden
Pengantara baharu akan dikenal pasti dalam beberapa hari akan datang, kata presiden Angola dalam satu kenyataan.

Kesuma galak syarikat media buat caruman wartawan, jurufoto sambilan
Setakat tahun lepas, seramai 700 orang wartawan dan 500 jurugambar sambilan telah melakukan caruman dalam skim perlindungan sosial.

Singapura rampas e-vaporiser bernilai lebih AS$150,000
HSA dan ICA memaklumkan bahawa e-vaporiser tersebut dirampas dalam dua operasi berasingan.

MAHB bersedia mengukuhkan rangkaian, sambungan di Routes Asia 2025
Syarikat itu mahu melibatkan diri dalam rangkaian yang berharga, mendapatkan pandangan mengenai trend pasaran terkini.

Kempen Beli Barangan Malaysia sasar RM100 bilion nilai jualan hingga Disember - Alexander
Sasaran itu bersandarkan sektor peruncitan yang semakin pulih selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan.