KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan sikap pelabur yang kekal berhati-hati berhubung tarikh akhir siling hutang Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.5130/5175 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Selasa 4.4975/5005.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata perbincangan antara Presiden AS dan Speaker Dewan masih belum menunjukkan hasil yang ketara, kecuali kedua-duanya komited untuk menyelesaikan isu itu.
"Sementara itu, jualan runcit AS -- barometer untuk perbelanjaan pengguna yang menyumbang lebih daripada dua pertiga kepada ekonomi AS -- meningkat kepada 0.4 peratus bulan ke bulan pada April 2023 selepas penurunan dua bulan berturut-turut," beliau kepada Bernama.
Bagaimanapun, beliau menyatakan data terbaharu adalah di bawah anggaran konsensus sebanyak 0.7 peratus, menunjukkan bahawa prospek ekonomi untuk perbelanjaan isi rumah kekal mencabar.
"Indeks dolar AS (DXY) terus kekal tinggi dan sekali gus menunjukkan penghindaran risiko dalam pasaran mata wang," kata Mohd Afzanizam.
Oleh itu, beliau percaya ringgit akan terus kekal lemah dalam tempoh terdekat kerana pelabur lebih suka memegang mata wang selamat kerana ketidaktentuan siling hutang kekal dengan tarikh akhir 1 Jun semakin hampir.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6349/6406 berbanding 5.6367/6405 pada penutup Selasa dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.3074/3110 daripada 3.3126/3150 sebelum ini, tetapi susut berbanding euro untuk mencatatkan paras 4.9056/9105 berbanding 4.8991/9024 semalam.
Ringgit juga didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang Asean.
Ia menyusut nilai berbanding rupiah Indonesia kepada 304.4/304.9 daripada 303.4/303.8 pada hari Selasa, turun kepada 3.3684/3720 berbanding dolar Singapura daripada 3.3659/3686 semalam dan merosot berbanding peso Filipina pada 8.03/8.05 from 8.02/8.03 sebelumnya.
Namun, ringgit mengukuh berbanding baht Thai kepada 13.2218/2404 daripada 13.2400/2547 penutupan urus niaga semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 17 2023
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.5130/5175 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM
Nilai eksport negara yang melebihi RM100 bilion setiap bulan adalah satu jumlah besar yang sepatutnya memberi kelebihan kepada permintaan ringgit.
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Ringgit ditutup lebih positif, terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7535/7555 pada Khamis.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.