Skip to main content

Dunia

AS-Israel sasar kediaman, 18 maut termasuk dua kanak-kanak

Seramai 18 orang disahkan terkorban, termasuk dua kanak-kanak manakala 24 lagi cedera dan dibawa ke pusat perubatan untuk rawatan. - Gambar fail/ Reuters
Seramai 18 orang disahkan terkorban, termasuk dua kanak-kanak manakala 24 lagi cedera dan dibawa ke pusat perubatan untuk rawatan. - Gambar fail/ Reuters

Advertisement

Advertisement

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 18 orang maut, termasuk dua kanak-kanak manakala 24 yang lain cedera dalam serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel yang menyasarkan kawasan kediaman di utara Iran pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi dengan memetik media Iran.

Agensi Berita Fars yang memetik timbalan gabenor wilayah Alborz, melaporkan serangan itu mengenai rumah dan tempat perlindungan di wilayah berkenaan pada waktu pagi.

Pegawai itu berkata 18 orang disahkan terkorban, termasuk dua kanak-kanak manakala 24 lagi cedera dan dibawa ke pusat perubatan untuk rawatan.

Advertisement

Ketegangan serantau terus memuncak sejak Israel dan AS melancarkan serangan terhadap Iran pada 28 Feb lepas, mengorbankan lebih 1,340 orang, termasuk Pemimpin Agung ketika itu Ayatollah Ali Khamenei. Pihak berkuasa Iran tidak mengemas kini angka korban sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Tehran bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq serta negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS, mengakibatkan kematian dan kerosakan infrastruktur selain menjejaskan pasaran global serta sektor penerbangan.

Advertisement

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video

Advertisement