KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga pagi ini berikutan komen daripada Rizab Persekutuan (Fed) mengenai kemungkinan kenaikan kadar di Amerika Syarikat (AS).
Pada 9 pagi, unit tempatan berada pada paras 4.6435/6470 berbanding dolar AS daripada 4.6430/6470 pada penutup semalam.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Pengerusi Rizab Persekutuan AS Fed Jerome Powell terus bertegas dalam ucapannya kepada Kongres AS bahawa memerangi inflasi akan terus menjadi keutamaan, sekali gus membayangkan dua lagi kenaikan kadar tahun ini.
"Kenyataan Powell telah memusnahkan harapan bagi meningkatkan ekonomi yang menyaksikan penurunan harga ekuiti dan hasil bon yang lebih tinggi.
"Ini akan menguntungkan dolar AS kerana perbezaan kadar faedah memihak kepada aset AS," katanya kepada Bernama, sambil menambah tahap rintangan semerta untuk USD/MYR ialah pada pada 4.7495, manakala tahap sokongan pada 4.6257.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.9284/9328 daripada 5.8975/9026 pada penutupan semalam, merosot berbanding yen Jepun pada 3.2728/2755 daripada 3.2716/2746 dan lemah berbanding euro menjadi 5.1018/1057 daripada 5.0678/0722 sebelumnya.
Begitu juga berbanding mata wang Asean yang lain, ringgit diniagakan lemah.
Nilai ringgit turun berbanding baht Thai kepada 13.3361/3523 daripada penutupan semalam 13.3194/3381 dan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.4635/4666 berbanding 3.4546/4578 sebelumnya.
Ringgit susut berbanding peso Filipina kepada 8.35/8.36 daripada 8.34/8.35 pada Rabu, tetapi tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 310.4/301.9
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 22 2023
Pada 9 pagi, unit tempatan berada pada paras 4.6435/6470 berbanding dolar AS daripada 4.6430/6470 pada penutup semalam. -Gambar fail/Bernama
Suspek abai penumpang ketika kapal terbakar dihukum penjara
Penantian lima tahun buat keluarga mangsa bot penyelam Conception untuk melihat suspek yang bertanggungjawab mengabai serta menyebabkan kematian 34 penumpang berakhir dengan keadilan buat mereka.
Kapten Jerry Boylan, 70 tahun dihukum penjara 10 tahun selepas terjun ke laut bagi menyelamatkan diri sendiri bersama empat anak kapal lain dalam kejadian kebakaran ngeri yang berlaku pada jam 2 pagi di Pelabuhan Platt berhampiran Pulau Santa Cruz, Santa Barbara.
Kapten Jerry Boylan, 70 tahun dihukum penjara 10 tahun selepas terjun ke laut bagi menyelamatkan diri sendiri bersama empat anak kapal lain dalam kejadian kebakaran ngeri yang berlaku pada jam 2 pagi di Pelabuhan Platt berhampiran Pulau Santa Cruz, Santa Barbara.
Pengaruh pemberontak semakin kuat & meluas di Colombia
Seorang kanak-kanak memegang belon berwarna merah, kuning dan biru -warna bendera negara Colombia di sebuah sekolah yang dibina serta dibiayai sepenuhnya oleh Estado Mayor Central (EMC), kumpulan yang diselia oleh pemberontak yang menguasai pelbagai kawasan di negara itu.
Senario ini memberi mesej mendalam bahawa usaha damai kerajaan pusat dengan kumpulan pemberontak Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) yang menyelia EMC itu, dilihat sukar.
Senario ini memberi mesej mendalam bahawa usaha damai kerajaan pusat dengan kumpulan pemberontak Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) yang menyelia EMC itu, dilihat sukar.
Palestin mohon Mesir benarkan permit sementara buat rakyat
Kedutaan Palestin Mesir memohon agar rakyatnya diberikan permit kependudukan untuk sementara waktu.
Duta Besar Palestin di Kaherah, Diab al-Louh pada Khamis memberitahu, kebenaran itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesengsaraan berterusan yang dihadapi penduduk di Gaza sehingga perang di wilayah itu selesai.
Duta Besar Palestin di Kaherah, Diab al-Louh pada Khamis memberitahu, kebenaran itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesengsaraan berterusan yang dihadapi penduduk di Gaza sehingga perang di wilayah itu selesai.
Malaysia kecam serangan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan terang-terangan tanpa belas belas kasihan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan yang sedang menuju ke Gaza pada Rabu.
Polis surai himpunan dengan bom flash bangs
Selepas gagal untuk mematuhi arahan bersurai dalam tempoh 24 jam, polis bertindak lebih ganas dengan merempuh penghadang yang menempatkan kem penyokong Palestin di Universiti California, Los Angeles (LA).
Bukan itu sahaja, bom tangan flash bangs turut dilemparkan ke kawasan yang menempatkan mahasiswa-mahasiswa serta penyokong yang berhimpun sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Bukan itu sahaja, bom tangan flash bangs turut dilemparkan ke kawasan yang menempatkan mahasiswa-mahasiswa serta penyokong yang berhimpun sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
AS tak senang Malaysia pertahankan Iran
Mohamed Nazri memaklumkan, ini kali kedua beliau dipanggil oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat sejak mula bertugas lebih setahun yang lalu.
Bantuan untuk selesaikan isu bekalan air, miskin tegar - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan 20 juta ringgit bagi menyelesaikan isu bekalan air berikutan cuaca panas yang melanda Kelantan sehingga menyaksikan penyurutan air sungai dan menjejaskan tanaman padi.
Cadangan wujud unit integriti dalam Pejabat Menteri Besar
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bercadang untuk mewujudkan unit integriti di dalam Pejabat Menteri Besar bagi mengurus tadbir kerajaan dengan lebih telus dan berwibawa.
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa depan.
Siasatan dapati Najib lakukan kesalahan salah guna kuasa - Saksi
Terdapat unsur penyalahgunaan kuasa oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan rasuah, berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MBD), Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Saksi pendakwaan ke-49, yang juga Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nur Aida Ariffin berkata, siasatan mendapati elemen salah guna kuasa itu dikesan sewaktu pemeteraian perjanjian bersama Aabar Investment PJS (Aabar PJS).
Saksi pendakwaan ke-49, yang juga Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nur Aida Ariffin berkata, siasatan mendapati elemen salah guna kuasa itu dikesan sewaktu pemeteraian perjanjian bersama Aabar Investment PJS (Aabar PJS).
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit dibuka susut berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit susut ke paras 4.7780/7810 berbanding dolar AS daripada 4.7750/7785 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit rendah berbanding dolar AS berikutan situasi tidak menentu meningkat
Katanya, Fed AS dilihat tidak tergesa-gesa meredakan pendirian dasar monetarinya dalam masa terdekat.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.