KUALA LUMPUR: Nilai ringgit kembali pulih berbanding dolar AS pagi ini menjelang pengeluaran minit mesyuarat terkini Jawatankuasa Pasaran Terbuka Amerika Syarikat (AS).
Pada 9 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.4350/4390 berbanding dolar berbanding penutupan Rabu 4.4420/4460.
Peniaga Activtrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata pasaran lebih berhati-hati menjelang pengeluaran minit itu memandangkan ia menawarkan petunjuk mengenai pandangan Rizab Persekutuan.
"Pandangan yang lebih menjurus kepada meningkatkan kadar faedah akan membawa kepada dasar kewangan yang lebih ketat dan ini boleh menyebabkan dolar AS terus meningkat berbanding ringgit ke paras 4.5000," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata peniaga dan pelabur juga akan mengambil sikap berhati -hati menjelang data inflasi Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) pada Jumaat, yang akan menyediakan tahap unjuran Rizab Persekutuan pada mesyuarat 22 Mac.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.2884/2918 daripada 3.2935/2968 pada Rabu dan naik berbanding dolar Singapura menjadi 3.3090/3122 dari 3.3157/3189 semalam.
Ringgit turut meningkat berbanding euro kepada 4.7060/7102 daripada 4.7258/7301 dan tinggi berbanding pound Britain kepada 5.3451/3499 daripada 5.3655/3703 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 23 2023
Pada 9 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.4350/4390 berbanding dolar. - Gambar hiasan
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit dibuka susut berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit susut ke paras 4.7780/7810 berbanding dolar AS daripada 4.7750/7785 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit rendah berbanding dolar AS berikutan situasi tidak menentu meningkat
Katanya, Fed AS dilihat tidak tergesa-gesa meredakan pendirian dasar monetarinya dalam masa terdekat.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
Ringgit teruskan peningkatan, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7850/7885 berbanding dolar AS daripada 4.7910/7950 semasa ditutup pada Rabu.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Dolar AS turut menerima faktor sampingan berikutan kenyataan Pengerusi Fed AS Jerome Powell yang cenderung menaikkan kadar faedah.