awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nilai ringgit terus susut, dibuka rendah berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
15/07/2022
02:30 MYT
Nilai ringgit terus susut, dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit terus menyusut nilai dan dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini apabila lebih ramai pelabur dilihat beralih kepada mata wang yang lebih selamat berikutan prospek ekonomi global yang tidak menentu, kata peniaga. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit terus menyusut nilai dan dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini apabila lebih ramai pelabur dilihat beralih kepada mata wang yang lebih selamat berikutan prospek ekonomi global yang tidak menentu, kata peniaga.
Pada 9.05 pagi, nilai mata wang tempatan turun kepada kepada 4.4450/4485 berbanding dolar AS daripada penutupan Khamis pada 4.4435/4450.
Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata dolar AS mengukuh berbanding ringgit pada hari Jumaat selepas pengeluaran data indeks harga pengeluar (IHPR) yang mengukur inflasi daripada perspektif perniagaan.
IHPR mencatatkan angka yang jauh lebih tinggi daripada jangkaan, menambahkan lagi kebimbangan terhadap inflasi yang berleluasa di Amerika Syarikat.
Justeru, ini menyebabkan pelabur berpendapat Rizab Persekutuan AS perlu bertindak lagi untuk membendung kenaikan harga. Data tuntutan pengangguran awal juga lebih teruk daripada yang dijangkakan.
"Dari sudut teknikal, USD/MYR berada pada paras tertinggi sejak permulaan pandemik. Tahap melepasi 4.4500 boleh memberi ruang kepada peningkatan selanjutnya," katanya kepada Bernama hari ini.
Mata wang ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.2580/2621 daripada 5.2762/2780 pada Khamis, meningkat berbanding euro kepada 4.4543/4578 daripada 4.4635/4650 dan lebih tinggi berbanding dolar Singapura pada 3.1664/1694 daripada 3.1717/1732 semalam.
Ringgit bagaimanapun lemah berbanding yen Jepun kepada 3.2011/2040 daripada 3.2009/2022 sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#Dyogenes Rodrigues Diniz
#ekonomi global tidak menentu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan