awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita mengamuk, cederakan pekerja restoran guna garpu didenda
PETRONAS tandatangani perjanjian bekalan LNG selama 20 tahun dengan QatarEnergy
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nilai ringgit tinggi sedikit berbanding dolar AS meskipun pasaran tidak menentu

Bernama
Bernama
04/01/2023
02:10 MYT
Nilai ringgit tinggi sedikit berbanding dolar AS meskipun pasaran tidak menentu
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4040/4100 berbanding dolar AS daripada 4.4050/4084 pada penutupan Selasa. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dibuka lebih tinggi sedikit berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Rabu, walaupun pasaran masih tidak menentu mengenai keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan AS (Fed) yang akan datang, kata peniaga.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4040/4100 berbanding dolar AS daripada 4.4050/4084 pada penutupan Selasa.
Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes memberitahu Bernama memasuki tahun baharu, masalah lama masih terus mempengaruhi pasaran yang lebih luas, khususnya ketidaktentuan berkisar kadar terminal Rizab Persekutuan dan sama ada dunia akan terjerumus ke dalam kemelesetan.
"Oleh itu, ringgit dibuka lebih tinggi sedikit hari ini berikutan dorongan penghindaran risiko daripada pasaran AS dengan hasil saham dan bon yang lebih rendah," katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.2800/2871 daripada 5.2538/2579 pada penutup Selasa, susut berbanding euro menjadi 4.6497/6561 daripada 4.6460/6495 sebelum ini, dan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.2773/2822 daripada 3.2768/2798.
Bagaimanapun, ringgit meningkat nilai berbanding yen Jepun kepada 3.3616/3667 daripada 3.3755/3786 semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#Rizab Persekutuan AS
#pasaran tidak menentu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan