KUALA LUMPUR: Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 menyasarkan untuk meningkatkan perindustrian melalui pendekatan baharu berdasarkan empat misi, yang bukan sahaja untuk Malaysia semata-mata tetapi juga kepada negara-negara Selatan, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
Beliau menjelaskan bahawa misi pertama adalah untuk meningkatkan kerumitan ekonomi serta menggalakkan aktiviti yang lebih kompleks berbanding daripada hanya pengeluaran nilai tambah yang rendah di Malaysia dan rantau ini.
"Misi kedua ialah untuk menyuntik teknologi kepada ekonomi yang bertenaga secara digital yang akan menyaksikan negara menggunakan lebih banyak automasi, teknologi, inovasi dan pendigitalan dan misi ketiga akan membantu mencapai sasaran sifar bersih dan negara-negara Selatan perlu bekerja dan menangani perubahan iklim secara bersama-sama," kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang memetik Liew dalam satu kenyataan semalam.
Kenyataan itu dikeluarkan bersempena dengan penyertaan Liew secara maya dalam sesi Menteri Perdagangan dan Industri semasa Sidang Kemuncak Suara Selatan Kedua yang dihoskan oleh Kementerian Perdagangan dan Industri India pada 17 Nov.
Selain Malaysia, sesi itu turut disertai oleh menteri-menteri perdagangan dan perniagaan dari 19 negara, termasuk Chile, Oman dan Uruguay.
Liew berkata bagi misi keempat, ialah mengenai keselamatan ekonomi dan keterangkuman, bertujuan bagi memastikan pembangunan ekonomi, khususnya perindustrian yang akan menyumbang kepada gaji dan peluang pekerjaan yang lebih baik untuk rakyat.
Beliau menegaskan dalam mencari penyelesaian, setiap negara tidak mampu menangani semua krisis tanpa tindakan kolektif dalam kalangan negara-negara Selatan.
"Disebabkan oleh struktur ekonomi global semasa yang kurang memberangsangkan, adalah penting bagi negara-negara Selatan memastikan pembangunan ekonomi masing-masing akan menyumbang kepada masyarakat kelas pertengahan.
"Ia adalah elemen penting untuk penggunaan pasaran di peringkat domestik dan serantau dan meningkatkan perdagangan di antara satu sama lain bagi menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik kepada semua orang," kata Liew dalam kenyataan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2023
Menurut MITI, misi pertama NIMP adalah untuk meningkatkan kerumitan ekonomi dan menggalakkan aktiviti yang lebih kompleks berbanding hanya pengeluaran nilai tambah yang rendah di Malaysia dan rantau ini. - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
NIMP 2030 pertingkatkan industri untuk Malaysia dan negara-negara selatan - MITI
NIMP 2030 menyasarkan untuk meningkatkan perindustrian melalui pendekatan baharu berdasarkan empat misi.