awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OECD, Bank Dunia naikkan unjuran pertumbuhan ekonomi China

Bernama
Bernama
08/06/2023
21:15 MYT
OECD, Bank Dunia naikkan unjuran pertumbuhan ekonomi China
Laporan WB menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi di Asia Timur dan rantau Pasifik pada tahun ini dijangka mencatat 5.5 peratus, berbanding hanya 3.5 peratus pada 2022.
BEIJING: Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) yang beribu pejabat di Paris telah menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi China bagi tahun 2023 kepada 5.4 peratus.
Menurut laporan prospek ekonomi dunia OECD yang dikeluarkan pada Rabu, angka itu sekali gus menyaksikan pertambahan sebanyak 0.1 mata peratus berbanding unjuran pada Mac.
Terdahulu pada Isnin, Bank Dunia (WB) dalam laporannya Prospek Ekonomi Dunia pula dilihat optimis terhadap pertumbuhan ekonomi China pada tahun ini apabila menaikkan unjuran berkenaan kepada 5.6 peratus, iaitu 1.3 mata peratus lebih tinggi berbanding unjuran pada Januari.
Laporan WB menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi di Asia Timur dan rantau Pasifik pada tahun ini dijangka mencatat 5.5 peratus, berbanding hanya 3.5 peratus pada 2022.
Memetik WB, peningkatan kadar itu adalah susulan pemulihan ekonomi China yang mengimbangi impak kelemahan ekonomi kebanyakan entiti ekonomi serantau.
"Ekonomi China pada tahun ini kelihatan berkembang sangat pesat, dengan jumlah jualan runcit meningkat dengan besar, manakala pengeluaran perindustrian meningkat dengan stabil.
"Prestasi ekonomi China yang baik ini telah merangsang pertumbuhan ekonomi serantau," lapor WB.
Pada masa sama, OECD dan WB turut melaporkan unjuran terhadap kadar pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat pada 2023 masing-masing sebanyak 1.6 peratus dan 1.1 peratus.
WB turut menyatakan bahawa kadar faedah AS yang naik secara drastik akan membawa cabaran besar kepada pasaran baharu dan entiti ekonomi moden, sekali gus mengakibatkan kemungkinan tercetusnya pertambahan krisis kewangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#OECD
#Bank Dunia
#jualan runcit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan